“Biras buat hal lagi!” – Kini Lan Petpet cium dahi Zaquan Adha pulak

Keakraban hubungan sebagai biras antara pemain bola Zaquan Adha, dengan pelawak Lan Petpet sememangnya telah diketahui ramai apabila mereka sering memuat naik foto bersama, jika bertemu dalam perjumpaan keluarga.

Namun baru-baru ini, ketika di majlis ulangtahun perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin aksi kedua-dua biras ini telah menarik perhatian ramai apabila Lan Petpet telah datang ke arah Zaquan Adha dan mencium dahi birasnya, sebagai tanda mengucapkan tahniah atas persembahan cemerlang skuad bola sepak negara dalam perlawanan akhir Piala AFF.

Video itu telah dimuat naik oleh Ayu Raudhah di IG Storynya.

Biras sempoi lah!

Sebelum ini juga, Lan Petpet pernah memuat naik satu video, dia dua helai memakai baju Zaquan Adha secara berlapis. Zaquan Adha telah repost video tersebut dengan meninggalkan kapsyen, “Dia buat hal lg…habis semua jersy dia kerjakan. Apa-apa pun @lanpetpet@zainsaidin23 biras yang gila dan sempoi. Thank you for this video.”

Muka Zaquan pasrah je kena cium dengan Lat Petpet

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen, memuji hubungan antara Zaquan Adha dan Lan Petpet yang dilihat begitu akrab, dan Zaquan pula hanya melayan perangai lawak birasnya.

Imam Muda Asyraf Dedah Kenapa Dia Akan Minta Doa Dari Lan Pet Pet Setiap Kali Mereka Berjumpa

Lan Pet Pet merupakan anggota kumpulan Senario yang mempunyai trademark tersendiri. Loghat pekat utara serta gelagatnya di pentas membuatkan ramai geli hati. Selain daripada itu, ada sisi menarik yang anda mungkin tidak tahu mengenai pelawak ini.

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Imam Muda Asyraf. Katanya, dia akan meminta doa dari Lan setiap kali mereka berjumpa. Kebiasaannya kita akan minta doa dan berkat dari ustaz bukan? Jika anda ingin tahu mengapa, ini sebabnya.

Selalu minta doa dari Lan Pet Pet

Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya..

Ada org pernah tanya kenapa?..

Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik..

Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya..

Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat..

Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita. Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.

Lan Pet Pet berubah lepas kahwin

MENGENALI Lan Pet Pet, pasti ramai yang tahu, sikapnya yang gila-gila dan tidak pernah serius dalam hampir semua perkara. Lalu ramai tertanya-tanya, bagaimanakah kehidupannya selepas bergelar suami kepada Rubytah Abu Bakar @ Che Wan yang juga merupakan adik kepada aktres jelita, Rozita Che Wan.

Namun tegas Mazlan, sesiapa yang nak berkahwin dengan seseorang haruslah menerima orang itu seadanya.Dan dia mengakui bertuah memperisterikan Rubytah yang dipanggilnya Ruby kerana bukan sahaja mendapat seorang isteri yang memahami malah juga cantik wajah dan akhlaknya.

Lebih penting, isterinya juga amat menyayangi kedua ibu bapanya, insan yang amat penting dalam kehidupan Mazlan.

“Memang saya bangga dapat berkahwin dengan Ruby. Dia bukan sahaja lawa tetapi beriman. Pandai mengaji,ujar Mazlan”.Mazlan menikahi Rubytah pada 20 Ogos lalu di Alor Setar, Kedah dengan mas kahwin RM888 berserta wang hantaran berjumlah RM8,000.

Selepas mendirikan rumah tangga, Mazlan juga mengakui, kehidupannya lebih terjamin, tidak lepas bebas seperti dahulu malah lebih berdisiplin.

“Berkahwin juga membuatkan makan pakai saya terjaga malah sebenarnya saya juga menjaga percakapan dan sikap saya.”

“Saya beritahu isteri, terima kasih kerana sanggup menjadi isteri saya. Memanglah saya ini nampak merapu tetapi dia nampak siapa saya dan memahami saya”.

“Orang kata biarlah nampak merapu tapi dalaman okey, terisi. Saya harap, anak-anak saya nanti juga begitu,” tegas Mazlan. Telah dua kali mengerjakan umrah, kata Mazlan, dipermudahkan jodoh merupakan antara doanya di Tanah Suci.

Bersyukur kerana pada usia 39 tahun dia menemui jodohnya dengan Rubytah, Mazlan juga membuka rahsia tentang angka lapan yang menjadi pilihannya untuk mas kahwin dan wang hantaran.

“Angka lapan menjadi angka kegemaran saya dan kebetulan ia intim dengan diri saya. Bayangkan no staff TV3 saya pun 2008,” ujarnya.