Foto Comel Zahrah Rania, Anak Jimmy Shanley Bersama Bekas Isteri Suhaila

Pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley telah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Namun, kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah. Setelah mendirikan rumah tangga, mereka tinggal seketika di Putra Heights, Subang Jaya.

Pasangan ini berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania. Pada 3 Januari 2011, Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya itu. Ia disusuli dengan permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Pada Oktober 2012, pasangan ini akhirnya sah bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Subang. Jimmy dan Suhaila bersetuju untuk bercerai talak “satu bain sughro”, iaitu talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal. Suhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Anak pasangan itu, Zahrah Rania kini berusia 6 tahun. Jom kita tengok wajah si comel ini.

Pengacara Jimmy Shanley mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.

Kata Jimmy, bayi perempuan kedua yang dilahirkan menerusi perkahwinan keduanya itu dalam keadaan sihat dan diberi nama Lisa Shanley.

“Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat dan ini anak kedua saya dengan Mariam.

“Bertambah lagi seorang anak perempuan saya, sebenarnya kalau boleh saya mahukan semua anak perempuan.

“Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkahwinan dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy dikurniakan cahaya mata sulung, Hannah Shanley, 3 tahun.

Manakala, Jimmy yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 2010 memiliki seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 7 tahun.

Jimmy Shanley Turut Kongsi Kisah Sedih, Bapanya Juga Pernah Jadi Mangsa Trageedi Lombong 34 Tahun Lalu

Jimmy Shanley Turut Kongsi Kisah Sedih, Bapanya Juga Pernah Jadi Mangsa Tragedi Lombong 34 Tahun Lalu

Kematiian enam ahli bomba  lalu bukan sahaja memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga membawa pengalaman tersendiri buat pengacara Jimmy Shanley. Siapa sangka Jimmy juga pernah berdepan kejadian pahit ini apabila bapanya, Norjahan Saleh juga turut maaut dalam kejadian di lombong di daerah yang sama kira-kira 34 tahun lalu. Bapanya ketika itu bertugas sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.

Menurut Jimmy kepada mStar Online, kejadian menyayat hati mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbat tempatan ketika itu.

Jadi apabila mendengar tragedi enam ahli bomba berkenaan yang mauut membuatkan Jimmy bersedih dan terkenang kejadian membabitkan arwaah bapanya.

“Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar mautt di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.

“Arwahh ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorbann dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.

“Setiap kali ada kes lemas, saya teringat ayah tapi trageedi anggota bomba itu lebih dekat dengan saya kerana kejadian berlaku di kawasan yang sama,” kata Jimmy kepada mStar Online.

Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.

Kejadian menyayat hati itu telah meragutt nyaawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.

Bagaimanapun mayatt Norjan berjaya ditarik keluar dalam keadaan terlungkup dengan bantuan penyelam anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketika kejadian Jimmy baru berusia empat tahun dan peristiwa berkenaan akan sentiasa dalam ingatannya seperti diceritakan oleh ibunya dan akan mengingati detik 8 Ogos berkenaan.

Malah Jimmy juga turut masih mnyimpan keratin akhbar yang melaporkan tragedi membabitkan arwahh bapanya tu.

Justeru Jimmy yang penah melalui kejadian sama berharap agar ahli keluarga mangsa lemas bertabah dan kuat melalui dugaan Tuhan.

“Orang yang melalui sahaja tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang. Apabila melihat anak-anak mangsa terkorbann yang masih kecil itu menangis, ia sama seperti macam mana saya menangis ketika dimaklumkan berita kemattian ayah sewaktu kecil dahulu.

“Saya faham perasaan mereka yang kehilangan seorang ayah ketika usia masih kecil. Saya berdoa agar ahli keluarga mangsa kuat dan tabah dengan ujian Allah,” katanya lagi yang sudah berkahwin lagi dan mempunyai dua cahaya mata.

Foto kenangan Jimmy (dalam pangkuan bapanya) bersama adik beradik lain.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM JIMMY SHANLEY

Sumber berita: Wikipedia via Sumber foto: Instagram.com/zahrahraniashanley