“Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan

Jarang penyanyi bernama Faizal Tahir bercerita mengenai anak-anak dan isterinya. Baik di laman sosial mahupun di media cetak dan elektronik. Hanya sesekali dia memuat naik gambar anak-anaknya.

Namun baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di laman instagramnya, penyanyi Assalamualaikum ini memuat naik video solat sambil ditiru oleh anak kecilnya.

Ramai yang kagum dan suka dengan perkongsian tersebut. Walaupun baru berusia 3 tahun, namun Khalid Al- Walid nampak comel dan mengikut pergerakan ayahnya bersolat biarpun hanya memakai lampin dan berkasut. Nampak lucu tapi cukup bermakna.

Dengan kapsyen “Don’t tell them. Show them.” mungkin Faizal ada maksud tersendiri berkenaan hal tersebut. Mungkin juga dia mahu menyatakan dalam mendidik anak-anak menunaikan solat, ibu bapa yang patut menunjukkan contoh supaya diikuti oleh anak-anak.

Apapun salute dengan cara yang dipraktikkan oleh Faizal Tahir ini. Boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa yang lain juga kan.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respond yang cukup positif dari pengikutnya. Rata-rata melahirkan rasa kagum tak kurang yang mengakui video tersebut menyentuh hati mereka.

Sejuk perut ibu mengandung

fawzaniefauzi_Betul2 saya setuju…mak saya selalu solat sebelah adik saya yg baby… After adik saya dalam setahun lebih dia start solat tiap Kali dengar azan *rumah mmg dekat dgn masjid pun…so betullah actions speak louder than words

ezranel@ezlynnariffin Terbaik lh, sejuk perut ibu ngandungkan ank Syurga nie

nurfakhriah_razakComel je..alhamdulillah semoga membesar menjadi anak soleh yerk

Menyentuh hati

fazszeyBijaknya dia

hanan_hanountiSubhanAllah !!!

sitimisriyamenyentuh emosi saya.

yapbouy@addy_crimson ….me mean saya….l mean aku…..

yapbouy@zrzuraida kata rasulullah solat tu umpama berbisik2 dgnNya.tujuan solat is utk mendekatinya….Dari itu Kita memahaminya….lantas melaksanakn perintahnya

wiacastellaahaha. omey sangat
____________________________

“Oi Sebijik Faizal Tahir Oi!” – Netizen Terhibur Lepas Tonton Parodi Ragaman Faizal Tahir

Sekali pandang, memang saling tak tumpah seperti penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ragaman, Faizal Tahir.

Pendek kata, agak ramai jugalah yang tertipu dengan wajah bekas peserta kelahiran Raja Lawak musim kedua, Joe Aziz atau nama sebenarnya Aziz Ismail.

Kalau anda nak tahu ketika menyertai Raja Lawak dulu, Joe tidak berjaya memasuki senarai ‘top 10’, tetapi dia tidak berputus asa dan mencuba nasib dalam program Lawak King pada 2008.

Orang kata, kalua sudah rezeki tidak ke mana, walaupun Joe terkandas awal ketika Raja Lawak, rezekinya tidak pernah putus dan sentiasa mendapat tawaran berlakon serta mengacara sehingga kini.

Kalau korang perasan, Joe adalah pengacara bersama Ali Puteh dalam program Kais Pagi Makan Petang yang akan disiarkan Oktober tahun lalu.

Malam haritu, dalam segmen Parodi MeleTop Joe Aziz nampaknya berjaya ‘menipu’ apabila berjaya menjadi ‘Mr. Ragaman’.

Komen penonton Parodi MeleTop di Youtube

Kepada yang belum pernah mengenali Joe Aziz, selain memiliki wajah seiras penyanyi tersebut, pelawak berusia 33 tahun ini juga mempunyai bakat meniru suara dan gaya seperti bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Zizan Razak, Zamani (Slam) dan ramai lagi.

Kenali faizal Tahir

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau lebih dikenali sebagai Faizal Tahir (dilahirkan pada 26 Oktober 1978) merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit. Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music.

Sewaktu di bangku sekolah, beliau merupakan seorang ahli perbahasan dalam bahasa inggeris untuk Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1995. Semasa di sekolah itu juga, beliau mempunyai kumpulan muzik yang sangat aktif dan ahlinya terdiri dari kawan-kawan sekolah yang sama. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau menuntut di UiTM.

Faizal kini sudah beristerikan Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor dikurniakan enam cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa’ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 19 Mac 2011) Siti Nawar Malaika (lahir 2013) dan Khalid Al-Walid (lahir 2015). Faizal merupakan anak kedua daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohd Tahir Abdul Rahman, beliau juga merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio.

Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin “mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih”. Adik-beradik beliau ialah Muhammad Fahd Bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir ), Norainiah Liyana Budriah Binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira Binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).

Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan kumpulan Rast. Beliau kini menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Faithful Music pada 2014.

Sumber: IG faizal_tahir