Gara Gara Berebut Hak Mengurus, Admin Akaun Instagram Zamani Slam Kena Sekolah

Sekian lama mendiamkan diri buat seketika sebaik tamat program Gegar Vaganza 5 (GV5), Zamani Ibrahim mengakhiri kemelut pengurusan dirinya apabila tampil dengan kenyataan rasmi berkenaan siapa pengurus nya yang sebenar.

Zamani yang kini berusia 47 tahun berkata, tindakan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham yang boleh menganggu gugat kariernya pada masa hadapan.

“Ucapan jutaan terima kasih buat semua yang menyokong terutama sepanjang saya menyertai GV5. Saya ingin menjelaskan kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekal kan Aalan Ahmad selaku pengurus saya.

“Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.

“ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya,” katanya dalam kenyataan media dihantar kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, untuk masa ini pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminatnya yang rasmi (Zamani Fan Club).

“Saya menyedari ramai peminat tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyertainya. Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya iaitu Facebook: zamani slam official fanpage dan Instagram: zamanislam_official. Semoga dengan penjelasan ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab”.

“Sebarang soalan tambahan boleh diajukan kepada pihak ZIME Production (zimeproduction@gmail.com) atau boleh menghubungi pengurus saya, Aalan,” katanya.

Sebelum ini, isu siapa pengurus sebenar Zamani menjadi perbualan hangat apabila bekas pengurus Slam, Johan Aziz mendakwa dirinya masih menguruskan Zamani manakala Aalan juga turut tampil dengan kenyataan yang sama.

Sumber : Hmetro

Sebelum itu pernah timbul pertikaian antara Aalan Ahmad dengan Johan Aziz berkenaan siapa sebenarnya pengurus Zamani yang sebenarnya semasa beliau masih lagi bertanding didalam rancangan Gegar Vaganza 5. Ikuti sorotan berikut:

Johan Tiada Hak Bersuara! – Pengurus Zamani

Pengurus Zamani, Aalan Ahmad menafikan kenyataan seorang lagi pengurus Zamani, Johan Aziz yang mendakwa Zamani telah menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Menurut Aalan, dari awal lagi Johan sebenarnya bukan pengurus Zamani dan hanya menguruskan Slam sebelum ini.

“Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani. Beliau seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik. Umpama masuk tempat orang, jadi kita hormati tuan rumah.

“Johan tidak perlu keluar apa-apa kenyataan dan jangan keruhkan keadaan. Kejadian ini baru semalam berlaku, tak mungkin Zamani akan tarik diri sebelum berbincang dengan saya. Dia tak kan membelakangkan saya.

“Memang Datuk Alif Syukri ada menawarkan imuniti tapi kami masih belum membuat keputusan untuk terima atau tidak imuniti ini.

“Semuanya bergantung pada kesihatan Zamani, jika ada kemungkinan Zamani masih tidak boleh menyanyi kami akan pulangkan imuniti itu kerana ia tidak adil untuk peserta lain,”ujar Aalan.

Menurut Aalan lagi, Zamani tidak dapat mengawal emosi ketika berada di belakang pentas. “Zamani tidak putus-putus meminta maaf, katanya tidak ada rezeki untuk dia di sini lagi. Dia juga menangis kerana telah menghampakan peminatnya,”luah Aalan.

Malam tadi, Zamani yang diberikan tugasan menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara. Justeru, tiada markah diberikan oleh pihak Juri dan dia tersingkir dalam minggu kelima ini.

Namun, dia diselamatkan oleh Datuk Alif Syukri sebagai penaja yang menggunakan imunitinya menyelamatkan Zamani.

Sumber : MHETV

Hasil daripada intipan di akaun instagram Zamani, masih berlaku kekeliruan berhubung perkara ini apabila peminat masih tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan. Menurut petikan yang diambil daripada akaun instagram @zamani_official, terdapat sebilangan peminat memohon supaya satu kenyataan video dikeluarkan sendiri oleh Zamani bagi membuktikan kenyataan yang dibuat tersebut.

Terdapat juga peminat menunjukkan rasa kurang senang dengan pentadbir akauninstagram tersebut yang meletakkan wajah peribadi sendiri berbanding wajah Zamani. Dengan mengelarkan pentadbir tersebut mencapub atau dalam bahasa sebenarnya : mencari publisiti murahan, mereka mengecam perlakuan tersebut seperti lebih sudu daripada kuah.

Selain itu, tindakan pengurus akaun instagram tersebut yang kerap memblock peminat dianggap tidak professional dan melucukan.

Walaupun kenyataan telah dikeluarkan oleh pentadbir akaun instagram peminat Zamani, diharapkan pengurusan kali ini lebih telus dan tidak mempinyai agenda lain selain bagi menyokong perkembangan karier Zamani.

Moga segala urusan ini dipermudahkanNya..