Gilalah Harga Baju Neelofa Yang Dipakai Semasa Majlis Fesyen Di Shanghai

Penampilan terbarunya pelakon dan pengacara popular, Neelofa di Shanghai, China baru-baru ini menjadi perhatian warganet.

Neelofa yang kelihatan anggun mengenakan turban unik dan busana klasik dikhabarnya menghadiri sebuah majlis fesyen di negara tersebut.

Menurut satu laporan, jaket Gucci yang dipakai Neelofa itu dikatakan berharga 1,980 euro atau bersamaan dengan RM9,387.76. Manakala skirt labuh pula  berharga 1,400 euro iaitu bersamaan dengan RM6637.00.

Kemeja lengan panjang berwarna putih berjenama Gucci pula berharga 1,500 euro iaitu sekitar RM6,267.

Neelofa memang terkenal sebagai salah seorang artis yang gemar menggayakan fesyen-fesyen yang diluar jangkaan dan rekaan dari jenama terkemuka.

Rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap penampilannya itu. Yang penting, dia tetap cantik!

[GAMBAR] Jangan Tak Tahu, Persalinan Jaket & Maxi Gucci Neelofa Ini Harganya Dalam RM21,246.60!

Katalah apa sahaja, dia tetap Neelofa yang cool dan tidak pernah melatah apabila ada sahaja kritikan netizen terhadap apa persalinan yang digayakannya. Ada yang tidak gemar, tapi ramai juga yang sukakannya!

Terkini, Neelofa mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan persalinan ‘heat to toe’ dari jenama mewah Gucci, bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru rumah fesyen berkenaan.

Berada di Shanghai selama beberapa hari atas kunjungan berkenaan, Neelofa bersama para selebriti terpilih dilihat bergaya sakan dengan persalianan lengkap aksesori dari Gucci koleksi terkini.

Menariknya, jika namanya pun jenama mewah, sudah tentulah harganya pun bukan calang-calang. Dilihat daripada laman membeli belah Gucci secara atas talian, persalinan sedondon yang dipilih Neelola menerusi padanan jaket dan maxi flora berharga ribuan dollar setiap satu!

Jaket tersebut berharga $2,9000 manakala maxinya pula bernilai sekitar $2,200! Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, setiap satunya berharga RM12,081.40.

Maxi pula dalam RM9,165.20. Lalu total untuk kedua item tersebut mencecah sehingga RM21,246.60! Koleksi berkenaan adalah antara barisan rekaan terkini bersempena Gucci Cruise 2019.

Fuh, memang grand. Yang pasti, kami sendiri yang suka tengok pelbagai gaya pun suka dengan persalinan yang dikenakan Lofa.

Asyik tengok selebriti Hollywood saja bergaya mewah, sesekali tatap gaya sama dari selebriti kita pun why not kan?

“Fashion Icon & Extremely Gorgeous”- Netizen Puji #OOTD Lofa Turban Sepanjang Bergaya Di Luar Negara

Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neeofa memang seorang yang bijak bergaya. Walaupun dikritik netizen, tetapi wanita ini tetap mempertahankan stail digayakan. Neelofa begitu berani bergaya luar dari kebiasan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun. Jadi tidak hairanlah ramai menggelarkannya ikon fesyen atau queen of trend. Dan terbaru ketika membuat lawatan kerja di luar negara, pengacara Meletop ini sangat stailo menggayakan turban dengan pelbagai gaya.

Malah Neelofa juga bijak suai padan turban digayakan dengan busana yang tersarung di tubuhnya serta padanan aksesori menarik. Nampak cantik dan sangat kena dengan personaliti pengacara kesayangan ramai ini.

Ternyata personaliti ini memang menjadi kesayangan ramai walaupun ada kalanya penampilan beliau yang terlalu mengikut fesyen sering dikritik haters.

Buktinya Neelofa turut memenangi dua trofi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke 31 dalam kategori Pengacara TV Popular dan Artis Sensasi Popular untuk tahun 2018 ini.

Ayuh, kita lihat fesyen turban yang digayakan Neelofa sepanjang urusan kerja di luar negara.

Komen Netizen

1. amalinasanusi.aliYou r so beautiful. Ala i want this outfit

2. masranismailSo gorgeous n trendy @neelofa

3. roslawatiabdulwahabTruly a fashion icon

4. easy_me2017 Young,beautiful n rich visionary. U r rare Keep doing what u r doing. U r inspirational to others

5.  stronger, beautiful, elegant woman

6. syedcheden Icon fesyen

7. dr.ayazahari The key is confidence.. love your style Miss Neelofa

8. qiss.alhabshee extremely gorgeous ! super ONZ

9. daniaakif Beauty with brain

10. chlowieyU r soooo pretty

Sumber: MH, m.osem