Wajah terbaru Reena Areena, isteri Aman Graseka yang cun melecun!

MODEL dan pelakon baharu , Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya, Aman Graseka, 51, yang romantik dan penyayang.

Malah, selebriti berusia 29 tahun ini mengakui perbezaan umur yang jauh bukanlah satu halangan buat mereka.

“Alhamdulillah, saya senang dengan sikap dia. Keluarga saya juga begitu. Dia seorang yang romantik dan penyayang.

“Bagi saya, usia bukanlah satu masalah besar. Apa yang penting, kami dapat membina persefahaman yang baik,” katanya pada Sinar Harian.

Reena dan Aman diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas sambil disaksikan keluarga dan sanak saudara serta kenalan rapat di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah, pada 18 Mac lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama Reena dan yang kedua buat Aman.

Pasangan ini bertemu ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun lalu.

“Kami tak ada rancangan nak buat majlis kahwin secara besar-besaran. Lagipun, jadual suami pula agak padat. Kami pun tak bertunang sebaliknya terus bernikah.

“Bahkan, hari ini suami dah pun ke Melaka kerana sibuk dengan shooting,” katanya.

Pun begitu, pasangan ini juga berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi, selepas ini.

“Insya-ALLAH, kami tetap akan buat resepsi, tunggulah selepas semua kerja-kerja suami selesai nanti,” katanya.

Terdahulu, Aman pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.

Namun ia hanya mampu bertahan selama 10 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 20 tahun.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Selepas 10 Tahun Menduda, Aman Graseka Sudah Selamat Nikah Dengan Gadis Pillihannya!

Nama pelakon, Aman Graseka,51 tidak asing lagi dalam industri hiburan. Selepas lebih 10 tahun menduda, Aman sudah selamat bernikah dengan model dan pelakon baru, Reena Areena,29.

Setelah setahun menjalinkan cinta, mereka selamat diijabkabulkan di hadapan keluarga dan sanak saudara di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah semalam.

Foto pernikahan pasangan itu tular di media sosial bagi mereka yang menghadiri majlis pernikahan mereka, pastinya memuat naik dan berkongsi saat bahagia rakan mereka.

Kata kedua mempelai ini, bukan niat mereka untuk menyembunyikan perkara nikah ini namun ada sebab tersendiri.

“Kami tidak nikah sorok-sorok, sebaliknya hanya membuat kenduri kecil-kecilan. Majlis akad nikah dan persandingan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat.”

“Bagaimanapun, kami merancang mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan kenalan, tidak lama lagi.”

Tambahnya itu, mereka menjelaskan perancangan berkahwin dirancang secara mengejut dan pernikahan juga tidak diadakan secara besar-besaran.

“Alhamdulillah, kami selamat bergelar suami isteri. Kami tidak bertunang sebaliknya terus bernikah, semalam. Saya percaya perkara yang baik harus dipercepatkan. Jika bertunang lama-lama bimbang dikebas orang.”

Selepas selesai sahaja majlis pernikahan, suaminya Aman Graseka bergegas ke Melaka atas tuntutan kerja. Bagusnya, tiada alasan untuk tak kerja kan?

“Ini kerana suami terikat dengan penggambaran sebuah drama di Melaka. Sebaik selesai majlis, suami meminta izin daripada ibu bapa saya untuk bertolak ke Melaka.”

Reena dan keluarga tidak berkecil hati dengan tindakan suaminya dan akui memahami kerjayanya sebagai pelakon. Selepas habis penggambaran,baru mereka berbulan madu.

Reena menjelaskan pertemuan bersama suami pertama kali menerusi drama Papa Nak Menantu.

“Perbezaan usia 22 tahun tidak menghalang cinta kami. Saya jatuh hati dengan sikap penyayang dan romantik suami.”

Aman Graseka yang pernah berkahwin dengan Mas Idayu mempunyai anak perempuan yang kini sudah berusia 20 tahun.

Aduhai, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin..

Sumber: Berita Harian via hangatberita