“I Knew I Should’ve Kept All My Money Somewhere Else,” – Fatin Afeefa Antara Mangsa Akaun Pengguna Bank Digodam

Kecoh fasal isu melibatkan akaun bank pengguna yang dikatakan telah digodam.

Lalu, ia menyebabkan ramai yang kehilangan wang simpanan mereka di dalam bank, hingga ada yang berkongsi keluhan rasa di media sosial.

Antara salah satu mangsanya adalah pelakon, Fatin Afeefa.

Menerusi laman Twitternya, pelakon filem Tentang Bulan itu meluahkan rasa kesal kerana menyimpan wangnya di satu bank sahaja.

“I knew I should’ve kept all my money somewhere else. Bodoh lah.

“Duit kamek cik kena curik gik tapi boleh access pake random password. Mun hackers mok hack, anytime jak.

“Aok! CIMB padah camya to prevent losing money from their bank je, kamek manage to transfer half. Overlimit. Mok login pake browser sik brani,” tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, dia juga kesal apabila cubaannya untuk mengalihkan duit di dalam bank tersebut ke bank lain gagal.

“Managed to transfer half je to Maybank2u.Overlimit pulak. Damn. So i called cimbclicks and made a request to increase my limit or whatever.

“But they said cimb is having some technical difficulties now and prevent user to make any changes to their account. Amende

“Aku kena pergi atm machine la ni? G***g,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, difahamkan ada pengguna yang melaporkan kehilangan sejumlah wang sehingga mencecah RM4,000 akibat akaun banknya digodam pihak tidak bertanggunjawab.

Malah, sejak itu semakin ramai pengguna akaun bank turut tampil mengakui ada kehilangan duit simpanan lalu memohon agar sesuatu dilakukan segera.

Pemilik Akaun Dakwa Wang ‘Lesap’ Walaupun Tiada Transaksi, Ini Kenyataan CIMB

Beberapa hari ini, viral di media sosial isu kehilangan duit daripada akaun pelanggan CIMB Bank Berhad. Mereka mendakwa sejumlah wang telah ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab malah akaun mereka juga dapat diakses meskipun password tidak tepat.

Menerusi kenyataan media, pihak CIMB menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Kenyataan media CIMB Berhad

Prihatin dengan isu viral di media sosial, CIMB Bank Berhad menerusi kenyataan media di lawan web rasmi memberitahu sistem perbankan dalam talian CIMBClicks kekal selamat. Malah, semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Tambah CIMB lagi pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

Selain daripada memastikan sistem kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, CIMB turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +60 3 6204 7788

Foto/Instagram: Fatin Afeefa

Sumber: Media Hiburan & OHBULAN, m.osem