“Saya Tak Pernah Hantar Wakil Merisik Pun ” – Ibu Tak Restu Sufie Rashid Bertunang Ke

Penyanyi Sufie Rashid telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof pada Sabtu lalu.

Ketiadaan ibu Sufie di majlis terbabit mengundang tanda tanya ramai pihak.

Pada malam yang sama, ibu Sufie, Irma Suriana Mahamud memuat naik sebuah status di laman Facebook peribadinya dan ia telah mengundang pelbagai spekulasi.

Irma seakan memberi bayangan dia tidak merestui majlis pertunangan itu.

“Santai-santai dgn my puteri, we are here at City Hall for coffee after jalan-jalan dan makan-makan.

“So yang nak menipu nak tunjukkan dunia my girls are in Seremban, look they are here with me and no time for liars and drama mamak!

“Saya tak pernah hantar wakil untuk merisik pun, semua si minah atur sendiri,” tulisnya di ruangan Facebook peribadinya.

Dakwa Irma lagi, wanita yang kini bergelar tunangan Sufie itu berbuat sedemikian demi meraih perhatian.

“Ibarat saham dah takda, akhlak takda hormat jauh skali, kita orang melayu harus ada bahasa, bukan tunjuk bangs*t. You are just chasing for fame.

“Know where you stand and where you come from okay minah. Sendiri yang buat atur cara tanpa saya setuju dan restu. Dunia dah kekurangan wanita yang berakhlak ke?

“Boleh di nobatkan dalam pencalonan pelakon handal dan licik. Saya lebih mentingkan akhlak dari wajah yg cantik tapi semua yg bertopengkan palsu.

“Seperti rambut palsu, bulu mata pun palsu. Semoga di berikan taufiq dan hidayah pada yang teraniaya dan cepat sedar sebelum sesat jauh. Pandai kirim gambar adik-adik pakai sedondon la konon. Taubat-taubat lah ya,” tulisnya di status tersebut.

Sufie telah selamat bertunang bersama pengasas makanan Krispy Krunchee selepas beberapa tahun berkenalan.

Mereka telah mula mengenal hati budi pada hujung tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Sufie Rashid Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Juara Akademi Fantasia 2015 Sufie Rashid, 27 atau Nama sebernarnya Mohammad Sufie Rashid selamat mengikat tali pertunangan dengan usahawan, Nurulain Md Yusof sebentar tadi.

Majlis pertunangan yang hanya akan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat itu diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut.

Majlis bermula selepas Isyak dengan dulang hantaran enam berbalas tujuh.

Selepas berbincang antara kedua-dua belah pihak keluarga Sufie dan Ain maka dipersetujui tempoh pertunangan kedua-dua mereka adalah setahun.

Juga ditetapkan wang hantaran perkahwinan sebanyak SGD10,000.00 serba satu.

Pasangan tunang ini bermula pada penghujung 2016, selepas dua tahun mengenali hati budi.

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini menjuarai program realiti televisyen, AF2015 dan telah menghasilkan beberapa single antaranyaa ‘Kisah Dua Muka’ dan ‘Aku Sanggup.

(Sebelum Ini 2017) Sufi Cuba Selesaikan Isu Gaduh Dengan Ibu

Enggan memperincikan apakah sebenar masalah yang berlaku di antara mereka, Irma sebaliknya menganggap kenyataan Sufi yang cuba menyelesaikan kemelut itu sebagai bohong.

“Kenapa berbohong pada masyarakat kononnya dia sayangkan emak, doakan emak? Hakikatnya semua itu bohong dan dia hanya gunakan kata-kata untuk menagih simpati agar peminat terus menyokongnya.

“Saya sayang semua anak-anak saya tetapi kenapa bila dia dah berjaya, bila ramai di sekelilingnya saya orang pertama dia padam daripada hidupnya?

“Dia sanggup sediakan tempat berteduh untuk orang lain sedangkan dia tahu saya hampir-hampir kehilangan tempat tinggal sebelum ini.

“Dia potong talian telefon saya, ganti kata laluan wifi di rumah dan sekat nombor saya dari telefon adiknya agar saya tidak dapat menghubunginya jika berlaku kecemasan.

“Saya sembunyikan penyakit saya apabila doktor mengesahkan saya mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga. Apakah ini yang dia kata dia sayangkan emaknya?” luah Irma lagi.

Sementara itu, Irma berkata, apa dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menyedarkan Sufi kerana tidak mahu lihat anaknya itu terus tenggelam dan hanyut.

“Saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya kerana tiada ibu di dunia ini mahu melihat anak-anaknya susah kerana saya sudah melalui kehidupan daif membesarkan tiga cahaya mata sendirian.

“Semoga Allah selubungkannya dengan hidayah,” ujarnya.

Sumber: Media Hiburan/Gempak/M.osem