Zaquan Adha Yang Buat Fault Tapi Saya Yang Dapat Kad. Aidil Zafuan Dedah Kisah Referee Tersilap Orang Bagi Kad

Baru beberapa hari skuad Harimau Malaya tumbang kepada pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir piala Suzuki AFF di hanoi.

Sejak itu pelbagai kisah pemain bola sepak negara menjadi bualan peminat sejati, malah ada yang tidak pernah ambil tahu pasal bola tiba-tiba minat membaca dan membuat carian tentang pemain yang mereka suka. Tidak terkecuali pemain sensasi negarai iaitu Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.

Umum mengetahui bahawa Aidil Zafuan dan Zaquan Adha merupakan pasangan adik-beradik kembar yang bermain mewakili skuad Harimau Malaya.

Dalam satu temubual, Aidil yang juga merupakan abang kepada pasangan kembar beliau iaitu Zaquan Adha mendedahkan suatu kisah yang tidak dapat dilupakan sepanjang karier beliau bergelar pemain bola sepak.

” Pernah dulu kami bermain dalam satu perlawanan di mana ‘referee’ silap bagi kad. Waktu itu saya bermain sebagai ‘defender’ sementara adik bermain sebagai ‘striker’.

” Waktu itu berlaku kejadian di mana adik ( Zaquan Adha) yang membuat ‘fault’ iaitu striker, dan selepas fault itu referee terus kejar saya dan bagi saya kad.

” So itu salah satu perkara yang pernah berlaku yang susah saya nak lupakan bila referee tersilap orang”, jelas Aidil Zafuan yang membuka kisah lama yang mencuit hati.

Dalam pada itu, terdahulu, sama ada adik gelecek abang atau abang terjah adik, itu semua bakal disajikan dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Pertembungan kembar paling popular dalam bola sepak tanah air, Mohd. Zaquan Abdul Radzak (Perak) dan abangnya, Aidil Zafuan, tonggak pertahanan JDT antara yang paling mencuri tumpuan penyokong kedua-dua pasukan.

Ini kali pertama pasangan itu berentap sesama sendiri di pentas besar, biarpun mereka pernah ditemukan dalam dua perlawanan Liga Super.

“Dalam bola sepak kita perlu bersikap profesional. Meskipun kami kembar, namun di atas padang Zafuan adalah lawan saya dan itu sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan kami.

“Walaupun kami adik-beradik, itu tidak bermakna dia tidak boleh mengasari saya dan sebaliknya dalam perlawanan esok. Kami perlu menjalankan tugas masing-masing, yang mana dia bermain untuk JDT dan saya beraksi untuk Perak,” katanya kepada Mingguan Utusan di sini hari ini.

Bercakap mengenai kelemahan dan kekuatan masing-ma­sing, Zaquan yang bakal menge­tuai jentera serangan Bos Gaurus berkata, dia mengakui abangnya sudah masak dengan kekura­ngannya di atas padang namun pemain berusia 30 tahun itu mempunyai strategi tersendiri.

“Satu perkara yang kami tidak boleh lari kerana sudah bermain bola sepak bersama sejak kecil lagi…. dia tahu kekurangan dan kele­bihan saya, tetapi saya juga begitu.

“Mungkin dia boleh membe­ritahu kepada rakan-rakannya di JDT apa kelemahan saya namun tidak mengapa sebab saya sudah ada perancangan. Menjelang pertemuan esok, dia tiada menghubungi saya untuk mengetahui kekuatan Perak dan begitu juga dengan saya. Masing-masing buat hal sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, Mehmet Dura­kovic mengesahkan lima pemainnya tidak dapat diturunkan malam esok kerana masalah kecederaan dan terikat dengan perjanjian. Lima pemain yang di­sahkan tidak dapat diturunkan esok adalah Hafiz Kamal, Leandro Dos Santos, Yashir Pinto, Jasazrin Jamaluddin dan Nazrin Nawi.

“Pinto pulang ke Chile untuk menjalani pembedahan kaki kerana cedera tendon Achilles dan Hafiz turut menjalani pembedahan akibat kecederaan MCL (ligamen kolateral medial/tengah) dan Leandro juga tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

“Jasazarin dan Nazrin tidak dapat diturunkan kerana mereka berdua adalah bekas pemain JDT dan kami sudah bersetuju kepada perjanjian yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Lihat video di bawah

Sumber : igzonejuara & utusan