Eropah Keluarkan Peraturan Baru Bagi Individu Yang Menghina Rasulullah. Ini Hukuman Bakal Diterima Pesalah

Sama seperti Eropah, jika seseorang telah melakukan penghinaan akan mendapat hukuman setimpal juga. Ini adalah keputusan yang menarik tentang menghina Nabi junjungan yang sering berlaku di negara-negara Eropah.

Menghina Nabi Muhammad sallallaahu aih Alaihi Wa Sallam sekarang dihukum di Eropah. Sekiranya ada yang mengatakan sesuatu yang buruk tentang Rasulullah, dia akan dipenjarakan !!

Yayasan Integriti untuk Hak Asasi Manusia (The Integrity Foundation for Humanitarian and Human Rights) telah menyampaikan sokongannya ke atas keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak termasuk ke dalam kebebasan berbicara. Seperti yang disebut oleh sebuah media pada Isnin 5 November 2018.

” Yayasan Integriti untuk Hak Asasi Manusia (The Integrity Foundation for Humanitarian and Human Rights) telah menyampaikan sokongannya di atas keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak termasuk ke dalam kebebasan berbicara.”

The Integrity Foundation, seperti dikeluarkan the Islamic Information, Middle East Monitor, mengatakan dalam sebuah deklarasi bahawa ” keputusan Mahkamah Eropah mengukuhkan kebebasan dan hak-hak keyakinan beragama, salah satu tiang kebebasan dalam masyarakat demokratik yang ditetapkan oleh undang-undang”.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad tidak termasuk dalam kebebasan bersuara.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menyokong keputusan Mahkamah Austria untuk menghukum wanita Austria yang menghina Nabi Muhammad. Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berkata keputusan itu tidak bertentangan dengan Bab X Piagam Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Yayasan Integriti menjelaskan, keputusan Mahkamah Eropa datang dalam konteks menggalakkan perlindungan dan penghormatan terhadap perasaan beragama Islam dan berfungsi terutama untuk mempromosikan keamanan masyarakat.

The Integrity Foundation memberitahu, Mahkamah Eropah ” telah membersihkan perbezaan antara hak atas kebebasan berbicara dan apa yang dianggap sebagai pelanggaran hak ini dan penyalahgunaan perasaan keagamaan individu dan masyarakat”.

Terdahulu seorang wanita Austria dihukum kerana telah menghina Nabi Muhammad. Pengadilan Eropah telah memutuskan bahwa dia dianggap telah melampaui batas dalam haknya atas kebebasan berbicara.

Wanita itu, yang mengadakan seminar pada tahun 2009 untuk Freedom Party, sebuah partai ekstrem kanan Austria. Di sana dia membuat pernyataan yang mencemarkan nama baik, iaitu berkaitan dengan perkawinan Nabi Muhammad dengan Aisyah, yang biasanya sering disalah ertikan sebagai perkawinan dengan anak di bawah umur.

Pada tahun 2011 pengadilan di Wina menghukumnya kerana dianggap telah melecehkan doktrin agama dan mendendanya sebanyak 480 Euro ( sekirar RM 1800) ditambah dengan biaya-biaya tertentu. Keputusan itu juga bertahan setelah melangkaui dua kali perbicaraan dalam pengadilan domestik.

ES menyatakan bahawa pernyataan itu tidak ditujukan untuk mencemarkan nama baik Nabi Muhammad dan masih dalam koridor hak atas kebebasan berbicara. Dia juga menambah, bahawa pernyataan itu dimaksudkan untuk memancing diskusi awam.

Tetapi ECHR mengatakan bahwa pernyataannya adalah “serangan kasar terhadap Nabi Islam” dan dapat mengundang prasangka buruk dan intoleransi beragama.

Pengadilan EHCR, yang berada di Strasbourg, Perancis, juga menambah bahawa pernyataan itu tidak dalam maksud untuk mempromosikan diskusi awam.

Saat ini difahamkan terdapat 600.000 penduduk Muslim di Austria , atau sekitar 6.8 % dari jumlah populasi. Populasi Muslim telah meningkat sebanyak 2.6% sejak 2001 ketika sebanyak 338.988 Muslim menetap di negara itu.

Sementara sebahagian besar Muslim Austria berasal dari Turki, krisis migrasi yang berlaku secara besar-besaran pada tahun 2015 membuatkan sentimen anti-Islam di Austria meningkat. Sebastian Kurz, Kanselir Austria yang terpilih pada tahun 2017, yang berasal dari golongan ekstrem kanan, berjanji akan melakukan tindakan keras terhadap apa yang disebutnya “Islam politik” dan imigrasi ilegal.

Kurz, pemimpin OVP (Partai Rakyat Austria), membentuk pemerintahan koalisi pada bulan Desember dengan Freedom Party yang anti-Islam, yang juga berkempen untuk memperketatkan kebanjiran imigrasi ke dalam negara.

Awal tahun ini pemerintah Austria telah menutup tujuh masjid, yang mana enam di antaranya diduga memiliki hubungan dengan ekstrimis, dan mengusir hingga 60 Imam yang dilaporkan dibiayai oleh Turki.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook @Terlajak ViralS

Sumber : lsdkrh.blogspot.