Mesin ATM tiba-tiba mengeluarkan duit yang banyak, tapi tindakan lelaki ini selepas itu dipuji netizan

Bagaimanapun guru dari Taman Berlian Sungai Petani, Mohd Jasni Ramli, 41, menunjukkan sikap terpuji itu apabila dia memasukkan semula wang berjumlah RM1,500 yang dijumpai bersama kad bank ke dalam akaun pemiliknya pada Sabtu lalu.

Jasni berkata, dia ketika itu mahu membuat urusan pengeluaran wang menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank di Sungai Petani.
“Saya sentuh skrin yang ketika itu gelap, tiba-tiba mesin berbunyi seakan sedang memproses wang keluar, ternyata betul sangkaan saya sejumlah wang keluar dari mesin berkenaan bersama kad dan resit.
“Kemudian, wang dan kad ATM berkenaan saya bawa ke Balai Polis UTC Sungai Petani.

“Saya dinasihatkan untuk memasukkan semula wang berkenaan ke dalam akaun pemilik memandangkan saya memegang kad ATM miliknya serta memulangkan kad itu kepada pihak bank,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jasni berkata, memandangkan dia perlu menunggu waktu operasi bank yang dibuka semula pada hari Isnin, dia cuba mencari pemilik kad berkenaan dengan memuat naik dua resit yang tertera nama Abdul Halim ke dalam Facebook.

Katanya, susulan itu dia menerima tiga panggilan yang mengaku diri mereka sebagai pemilik kad, namun apabila ditanya berkenaan jenis kad dan baki di dalam akaun, pemanggil memberi jawapan yang tidak tepat.

Bagaimanapun, Jasni berkata, dia sudah menemui pemilik sebenar dan menyerahkan kad ATM itu kepada individu yang membuat panggilan kepadanya petang semalam.

“Sebelum berjumpa, saya ada tanya soalan yang sama dan individu itu memberi jawapan yang tepat, dia juga menunjukkan buku akaunnya kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Halim Abdullah, 65, dari Kampung Masjid, Kuala Seri Muda, bersyukur kerana mendapat semula kad ATM miliknya itu tanpa perlu berurusan dengan pihak bank.

Katanya, dia mengalami masalah lupa sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan dia terlupa banyak perkara.

“Saya memang tak ingat apa pun sehinggalah anak memberitahu saya tentang tular berkenaan. Apabila saya periksa kad bank memang tak da (tidak ada) yang ada satu resit semakan baki yang dikeluarkan pada pagi Sabtu lalu.

“Saya berterima kasih kepada Jasni kerana mengembalikan wang saya tanpa kurang sedikit pun daripada jumlah asal serta kad ATM saya.

“Alhamdulillah, masih ada orang yang jujur dan sikapnya itu perlu dicontohi oleh semua orang,” katanya.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook @Terlajak ViralS

Sumber: My Metro