Allahu.. Gunung Berapi Dan Gempa Bumi Di Seluruh Dunia Tanda-Tanda Akhir Zaman

Gunung berapi seluruh dunia sedang diaktifkan Allah. Nikmat apa lagi yg kau dustakan?

Sejak akhir-akhir ini jika kita perhatikan,banyak berita-berita yang memaparkan tentang bencana alam . Yang paling menarik perhatian Celotehsaje.com adalah bencana gempa bumi yang akhirnya menyebabkan berlakunya Tsunami. Sekiranya kita perhatikan,banyak gunung berapi sekarang mula kembali aktif. Malah ada juga laporan sebelum ini yang RM baca ,gunung Kinabalu yang terdapat di Sabah juga kemungkinan akan kembali aktif.

Di kawasan gunung Kinabalu juga telah dilaporkan sebelum ini mula mengalami keadaan gempa bumi kecil. Hal ini seterusnya membawa kami untuk berfikir, memang inilah masa yang telah dijanjikan oleh Allah dan diperkatakan oleh Rasulullah SAW tidak akan berlaku kiamat sehingga akan terjadi banyak gempa-gempa di mana-mana atas muka bumi.

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Hari kiamat belum akan terjadi sampai ilmu diangkat dan gempa bumi banyak terjadi di mana-mana” (HR Bukhari)

Kami telah membuat satu kompilasi berita berkaitan dengan gunung berapi yang aktif. Berita berita ini telah diambil daripada siakapkeli.my. dan RealMerah.com

Terbaru!! Gunung Berapi Indonesia Meletus, Gunung Agung Bali Dalam Status Bahaya, Penduduk Sekitar Sungai Diberi Amaran Lahar Api

31.12.2018 :Pusat Vulkanologi dan Bencana Indonesia (PVMBG) memberitahu bahawa Gunung Agung, Bali kmebali meletus pada petang semalam dan berada pada tahap 3 sehingga kini.

PVMBG memberi amaran kepada setiap penduduk untuk menghentikan aktiviti pendakian di sekitar Gunung atau dalam radius 4 kilometer dari kawah puncak.

Amaran bahaya yang dikeluarkan bersifat dinamik mengikut perkembangan terkini gunung berapi.

Menurut ketua PVMBG, “Sehingga kini status gunung berapi itu tetap sama, level 3 merbahaya. Radiusnya masih 4km dari pusat dan pagi tadi masa ada letusan tapi ketinggian kita tidak pasti lagi kerana tertutup kabus,” kata Kasbani.

PVMBG juga menyarankan warga penduduk yang kerap bermukim di sekitar Gunung Agung serta aliran sungai di gunung itu berwaspada terhadap potensi ancaman sekunder berupa aliran lahar.

Sebaran hujan abu turut mengenai beberapa tempat seperti Banjar Dinas Uma Anyar Ababi bahagian barat; Wilayah Kota Amlapura; Desa Seraya Barat; Banjar Dinas Ujung Pesisi; Lingkungan Pesagi dan Lingkungan Pebukit; Desa Tenggalinggah; Kantor BPBD, di Jalan D.I Panjaitan No.6, Panjer, Denpasar Selatan, Kota Denpasar, Bali.

Sumber: Industry id via Realmerah.com

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

29.12.2018: Beberapa kawasan di Filipina dan Indonesia diarahkan berjaga-jaga susualan ancaman tsunami akibat kejadian gempa bumi kuat yang berlaku 11.30 pagi sebentar tadi.

Gempa 7.3 magnitud yang berpusat di Mindanao itu memberi ancaman kepada seluruh kawasan berpantai sepanjang 300 kilometer di bahagian selatan negara tersebut.

Beberapa buah pulau milik Indonesia iaitu Pulau Geme dan Tabukan Tengah serta kawasan Davou di Filipina juga diramal akan menerima kesan sekiranya berlaku kejadian tsunami.

Pihak berkuasa Filipina juga mengarahkan orang ramai di lokasi terlibat supaya menjauhi kawasan berpantai diantara pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang atau sehingga amaran tsunami di tarik balik.

MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap wilayah Malaysia.

Sumber: Dailymail, MetMalaysia via RealMerah

Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif

26.12.2018: Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda.

Jangkaan tersebut dikeluarkan sehari selepas gelombang tsunami tinggi menerjang kawasan Selat Sunda yang telah mengorbankan ratusan nyawa akibat daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

Richard Teeuw, seorang pakar tsunami dari Universiti Portsmouth menjelaskan berkemungkinan munculnya tsunami susulan ekoran keaktifan gunung berapi Anak Krakatau sehingga kini.

“Kemungkinan tsunami susulan di Selat Sunda akan ada kerana Gunung Anak Krakatau sedang dalam keadaan aktif. Oleh sebab itu, ia mungkin akan memicu tanah longsor dalam masa ke semasa.”

Jacques-Marie Bardintzeff, peneliti tsunami dari University of Paris-South juga memperingatkan masyarakat untuk berhati-hati denagn aktiviti Gunung Anak Krakatau yang tidak stabil.

“Tsunami yang disebabkan oleh letusan gunung berapi jarang terjadi. Salah satu yang paling terkenal sehingga mematikan gunung tersebut adalah letusan ‘Ibu’ Krakatau pada 1883.” katanya.

Pakar ketiga David Rothery dari Open University turut menyokong kenyataan itu bahawa penyebab tsunami berpunca daripada keruntuhan dari bawah air.

Simon Boxall dari Southampton University pula menambah gelombang yang menghentam beberapa wilayah telah memburukkan kawasan setempat. Wilayan itu kini berada dalam gelombang musim-semi.

 

Semoga dengan info ini akan membuka mata kita tentang sangat dekatnya hari kiamat dengan kita. Tiada masa lagi berlengah-lengah didalam membuat amal soleh. Semoga bermanfaat.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook @Terlajak ViralS

Sumber oleh Realmerah.com