Toner Bunga Lawang Homemade Untuk Kulit Kekal Remaja,Cubalah

Nak tanya sikit ni, sekarang korang pakai toner cap apa, mesti yang mahal-mahal kan? Tapi betul ke  brandyang korang guna sekarang ni bebas dari kimia..?

Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Guna bahan semulajadi yang 200% bebas dari bahan kimia merbahaya. Cuma guna bunga lawang je.. ye, rempah ratus yang wajib ada kat dapur tu.

Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat tau. Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.

Nak tau lebih lanjut korang boleh google sendiri khasiatnya. Sekarang ni kami nak cerita macam mana nak buat toner menggunakan bunga lawang ni.

Bahan-Bahannya:

  • 1 genggam bunga lawang
  • 2 cawan air putih
  • 1 botol spray (kecik pun cukup)

Cara penyediaannya;

  1. Rebus segenggam bunga lawang dalam periuk guna dua cawan air putih tadi.
  2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
  3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan didalam peti ais.
  4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.

Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.

Thanks to sis Sifu Kitaro