Semerbak Bau Kek Kelapa Sukat Guna Cawan. Sedap & Mudah Dibuat

Kek legend atau kek orang lama yang mengembalikan memori dulu. Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi kesedapan kek.

KEK KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan marjerin
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 3 biji telur
  • Esen ros
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 cawan 1/2 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan kelapa kering
  • Pewarna merah/hijau/ kuning

CARA MEMASAK:

  1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang
  2. Masukkan telur Dan putar lagi
  3. Masukkan esen ros & susu pekat putar sekejap
  4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat
  5. Kaub balik adunan.
  6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan
  7. Kaub balik adunan.
  8. Masukkan dalam Loyang yang di griskn dengam marjerin.
  9. Bakar 170° selama 60minit (ikut oven masing-masing)

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Juju Minhad