Inilah Tip Bajet Untuk Majlis Perkahwinan, Yang Penting Jangan Sampai Berhutang

Bagi pasangan yang sedang bercinta memang menjadi impian untuk menghalalkan perhubungan dan berkongsi hidup bersama pasangan masing-masing. Namun adakalanya tuntutan dari keluarga membuatkan pasangan tertekan dan gagal untuk meneruskan impian berumahtangga mereka.

Disini kami kongsikan beberapa tip bajet untuk majlis perkahwinan, orang cakap biar lah mudahkan perkahwinan sebab kita nak hidup bersama lama lagi selepas berkahwin betul tak?

  1. Kad Kahwin- Jangan tempah yang mahal, kita sahaja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ke tepi.
  2. Kenduri- Buat sehari, sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.
  3. Baju Kahwin- Lebih murah sewa dari tempah, lebih hebat kalau boleh dipakai pergi kerja.
  4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak. Pakat dengan calon suami dia 5, kita balas 7 dengan berus giginya sekali.
  5. Cenderahati- Bagi yassin bercetak nama pengantin, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya.
  6. Buat hantaran sendiri- Buat origami pandai takkan hantaran minta orang lain gubahkan.
  7. Buat satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih dan elakkan guna kad kredit.
  8. Jangan datang pameran perkahwinan , nanti dari buat sederhana, jadi majlis kahwin anak raja pula.
  9. Jangan guna DJ atau set karaoke, pasangkan sahaja lagu Opik atau Maher Zain sudah cukup buat tetamu cair telinga.
  10. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat dah menyesal. Mereka malu nak cerita, nanti orang kata padan muka.
  11. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan anak Kak Mah.
  12. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, saudara mara dan jemaah surau. Jangan jemput satu stadium bola.
  13. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah , semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, sebab itu jadi mahal.
  14. Guna bunga plastik bukan dosa, tak perlu bunga segar sebab bukan boleh buat ulam makanan.
  15. Buat bajet dulu baru ‘survey’ katering, kalau tak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan ‘grand’.
  16. Masuk pertandingan bagi menang pakej berbulan madu. Semua ditaja, kita pun seronok.

Kami harap senarai ini boleh membuatkan anda berfikir banyak kali untuk berjimat dalam persediaan ke alam rumah tangga anda nanti.