TERKINI! “Berhenti cari adik saya…” – Abang Acap buat laporan polis, minta semua ‘stop’ cari adiknya?

Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan sejak 23 Mac yang lalu sudah memasuki hari ke-23 sejak kehilangannya sewaktu menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail.

Mohon orang ramai berhenti cari

Mengimbau kembali usaha pencarian yang dilakukan oleh pihak berkuasa, pelbagai usaha telah dijalankan baik dari kaedah tradisonal mahupun melalui bantuan pihak bomba dan penyelamat.

Namun segala usaha masih menemui jalan buntu. Walaupun begitu, semalam telah tular gambar kertas laporan polis yang dibuat oleh abang kepada Ashraf iaitu Mohd Azlan supaya meminta orang ramai menghentikan pencarian adiknya.

Gambar yang dikatakan sahih:

Gambar salinan laporan polis yang dibuat semalam, telah menunjukkan butiran laporan meminta orang awam atau mana-mana badan sukarelawan tidak datang ke kampung tempat Ashraf didapati hilang.

“Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.”

Antara komen:

Sumber : ChamAis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

SUMBER