Paling Tidak Dapat Saya Lupakan Adalah Ketika Melihat Mata Jena zah Terbuka Dan Merenung Saya

” Sudah banyak kali saya menghantar permohonan kerja namun semuanya tidak berjaya. Mungkin, Allah sudah tetapkan rezeki saya di sini.

” Alhamdulillah, pendapatan diperoleh cukup untuk menyara isteri dan dua anak,” kata Mohamad Rashidi Maajis, 27, yang menjadi penggali kub0r di Tanah Perkub0ran Islam Sungai Kantan di sini, sejak 10 tahun lalu.

Mohamad Rashidi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keusahawanan Komputer dari sebuah universiti swasta mula menimba pengalaman sebagai penggali kub0r selepas tamat persekolahan lagi selepas mengikut ajakan bapa saudaranya.

Mohamad Rashidi (kanan) dan rakannya, Mohd Nizam Ahmad, 49, membuat pembersihan di Tanah Perkub0ran Islam Sungai Kantan, Kajang.

Menurutnya, perasaan gementar itu memang ada pada mulanya namun beransur hilang selepas dapat membiasakan diri dengan pekerjaan dilakukan dan suasana di tanah perkub0ran.

“ Dulu, saya lakukan tugas ini setiap kali ada kelapangan termasuk ketika menuntut di universiti, namun kini, ia sudah menjadi pekerjaan tetap selepas usaha mendapatkan kerja tidak berhasil.

“ Perasaan takut itu ada, tetapi pada peringkat awal saja dan kini tidak lagi, malah saya gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah di samping mencari rezeki.

“ Memang ada yang mempersoalkan keputusan saya bekerja sebagai penggali kub0r selepas tamat pengajian, tetapi saya tidak mahu ambil pusing kerana apa yang lebih penting, pekerjaan ini halal.

“ Lagipun, ibu Sallamah Jamil, 61, banyak memberi sokongan begitu juga isteri Nor Jannah Hini Irwani Nazmi, 26. Jadi itu yang mendorong saya untuk terus melakukan pekerjaan ini,” katanya.

Dia juga turut membantu menguruskan jena zah tiada waris dan mengajar individu perseorangan menggunakan perisian Microsoft Excel serta Power Point.

Berkongsi pengalamannya, Mohamad Rashidi yang juga anak sulung daripada dua beradik berkata, selain kepuasan membantu waris menguruskan jena zah, dia juga bersyukur kerana pekerjaan itu memberinya peluang untuk sentiasa mengingati kemat1an serta lebih mendekatkan diri dengan Allah.

Pengalaman kena ganggu ketika menggali kub0r

Dia turut mengakui pernah mengalami gangguan ketika melakukan kerja menggali kub0r tetapi masih bertahan kerana menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk menguatkan lagi semangatnya.

“ Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika melihat mata jena zah terbuka dan merenung saya selepas membuka kain yang menutup wajahnya.

“ Insiden itu menyebabkan saya demam seminggu. Saya juga pernah terhidu bau wangi ketika menggali kub0r selain mendengar orang memberi salam ketika sedang berseorangan.

“ Jujurnya, pengalaman itu langsung tidak melemahkan semangat saya hingga terdetik niat untuk berhenti sebaliknya saya jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar,” katanya yang memiliki dua cahaya mata yang masing-masing berumur tujuh bulan dan empat tahun.

Mohamad Rashidi berkata, selagi ada kudrat dan diberi kesihatan yang baik, dia akan terus melakukan pekerjaan itu dan berharap lebih ramai anak muda mengikut jejak langkahnya.

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : hmetro