Ustaz selebriti c3rai isteri h4mil tujuh bulan demi j4nda anak satu

BEKAS isteri seorang pendakwah bebas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa diceraikan suaminya kerana kahadiran orang ketiga.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ain Afini, suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu melepaskannya demi mengahwini seorang janda anak satu.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

“Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal.

“Saya meminta dia memilih sama ada isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” kata Ain Afini.

Ain Afini kini hamil tujuh bulan.

Ain Afini membuat perkongsian duka itu melalui Instagram pada Jumaat.

Menerusi posting yang sama, Ain Afini turut berkongsi paparan skrin lafaz cerai daripada pengirim yang menggunakan nama ‘Cian’ – dipercayai adalah PU Abu.

Beberapa paparan skrin daripada pengirim Whatsapp bernama ‘Hana’ serta posting Instagram juga dikongsikan Ain Afini.

Tambah Ain Afini, dia sebolehnya cuba untuk merahsiakan perkara tersebut namun suaminya dan wanita itu secara terbuka memuat naik foto mereka di Insta story.

“Saya sudah cuba untuk menutup mulut dan tidak menghebahkan kepada orang walaupun sudah ramai yang mengesyaki perkara ini.

“Namun mereka sendiri yang membuka aib di Instagram masing-masing,” tulis Ain Afini lagi.

Paparan skrin lafaz cerai PU Abu Sufyan terhadap Ain Afini melalui aplikasi Whatsapp.

Dalam pada itu, Ain memberitahu perkara ini sudah diketahui oleh keluarga kedua belah pihak namun usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.

“Cukuplah keseluruhan cerita hanya diketahui oleh pihak keluarga saya dan keluarga mertua.

“Kedua-dua pihak sudah cuba membantu sehabis baik tetapi jika hati yang sedang hangat bercinta, semua jadi buta,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Aini Afini berkata dia terpaksa mengharungi pengalaman cukup menyiksakan sepanjang tujuh bulan hamil selain turut mendoakan bekas suaminya itu berbahagia dengan pilihannya.

PU Abu Sufyan bersama Hana Azraa berkongsi kemesraan mereka di laman Instagram.

“Saya minta semua pihak untuk tidak bertanya lebih lanjut pada saya tentang perkara ini kerana emosi saya semasa mengandung tujuh bulan ini sudah cukup banyak tersiksa. Saya inginkan pengalaman mengandung dan pantang yang lebih tenang.

“Terpulanglah apa yang ingin dibuat oleh individu terbabit kerana pada akhirnya tiada manusia yang akan tenang dengan menzalimi manusia lain. Jangan lupa, dosa kezaliman kepada manusia, kena mohon maaf dengan manusia itu sendiri.

“Semoga ‘ustaz’ tidak menyesal dan berbahagia dengan pilihan anda. Untuk mangsa-mangsa lain yang pernah hubungi saya, InsyaAllah kita akan bawa kes ini ke mahkamah selepas saya habis pantang. Moga Allah bantu,” katanya.

 

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook KL MENJERIT

Sumber: mstar