Tahniah! PU Amin sebak lihat pengorbanan isteri sanggup bertarvng nyawa melahirkan zuriat..

Disebalik keg0ncangan rumah tangga pasangan lain, masih ada lagi pasangan yang sedang diulit bahagia dengan kehadiran cahaya mata baru.

Baru-baru ini, pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Amin dikhabarkan telah selamat menimang cahaya mata ketiga awal pagi tadi.

Beliau sempat berkongsi pengalaman yang ditakuti ialah saat menemani isteri bersalin.

Menerusi perkongsian di Instagram, difahamkan isteriya sudah mula berasa sakit pada jam 3 pagi sebelum bergegas ke hospital, syukur dengan izin Allah tepat jam 5 pagi bayi ketiga selamat dilahirkan.

Namun jika dibaca ucapan PU Amin benar benar mengundang sayu buat pembaca. Betapa sayangnya PU Amin terhadap keluarga beliau dna benar-benar menghargai pengorbanan wanjta dalam hidupnya.

‘Wahai anak, jangan kau Iuka hati ibumu, wahai lelaki, jangan kau remuukkan hati isterimu…’ 

Difahamkan, PU Amin yang kini sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam bidang pengajian Islam, kemudiannya terpaksa bergegas ke kampus bagi menduduki peperiksaan yang bermula pada pukul 8 pagi.

Sumber : ChamAis