Alhamdulillah.. Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Khabar itu disampaikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” katanya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.

Sebelum ini, Michael dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Foto Michael bersama Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Ustaz Firdaus Wong juga menguatkan spekulasi Michael telah memeluk Islam di hadapan dua orang ustaz tersebut.

Ikuti video pengakuan eksklusif Michael:

sumber gempak

artikel terdahulu… puasa sebulan penuh..

Tahun ini pengarah terkenal Michael Ang mengambil peluang untuk cuba berpuasa penuh seperti umat Islam yang lain.

Ternyata Michael telah berjaya berbuat demikian apabila semalam beliau memuat naik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan beliau berjaya berpuasa penuh untuk hari pertama.

Bukan itu sahaja, Michael turut berjaya menahan diri daripada merokok.

Usaha Michael itu telah mendapat pujian daripada netizen serta rakan-rakan selebriti termasuklah pelakon tersohor Aaron Aziz.

Aaron dalam komennya memohon supaya Michael Ang memeluk agama Islam kerana telah berjaya berpuasa.

Salah seorang netizen pula berkata, mahu menunjukkan gambar Michael kepada orang yang tidak berpuasa sebagai pengajaran.

Wah! SURIA puji dengan sikap Michael Ang yang turut mahu mencuba bagaimana rasanya berpuasa di bulan Ramadan. Selain dapat menurunkan berat badan, kita juga dapat merasai bagaimana perasaan orang yang tidak berkemampuan untuk makan.

SURIA doakan Michael dapat berpuasa penuh 30 hari ya. Barulah dapat melaram sakan Baju Melayu jenama Michael Ang di Hari Raya nanti.