Wajah terkini 5 pelakon kanak kanak dalam cerita Geng Bas Sekolah yang kini sudah dewasa.

Masihkah anda ingat dengan drama kanak-kanak yang berjudul Geng Bas Sekolah ? Suatu ketika dahulu drama ini pernah menjadi kegilaan kanak-kanak dan pelakon-pelakon yang membintangi drama ini turut silih berganti..

Sudah Meningkat Dewasa..

Terbaru, pelakon – pelakon asal drama ini yang kini sudah meningkat remaja..

Semakin kacak dan semakin kacak, buat anda yang tertanya tanya, musim pertama drama ini telah dibintangi Alif Jefri, Wan Farah,Athan Lee, Shahrizad dan Luv’an-ya Rowland.

Wajah Terkini Thanusha

Antara yang paling diingati adalah watak Tanusha yang dilakonkan oleh Luv’an-ya Rowland. Hasil carian dari pihak hangat.com, telah berjaya dapatkanh wajah terkini Thanusha yang kelihatan semakin cantik! Setujuuu?

Artikel Berkaitan,Geng Bas Sekolah Berwajah Baru..WAJAH baru yang akan memeriahkan Geng Bas Sekolah musim ketiga. Jalan cerita lebih mantap dan semakin menghiburkan

APABILA drama bersiri kesukaan ramai kanak-kanak, Geng Bas Sekolah kembali bersiaran baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa senarai pelakonnya untuk musim terbaru ini terdiri daripada muka baru? Ke mana menghilangnya pelakon sebelum ini? Itulah persoalan yang timbul sewaktu menghadiri majlis pratonton drama Geng Bas Sekolah yang berlangsung di Cathay Cineleisure, baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan pihak Astro sebelum ini, siri ini adalah antara drama terbitan Astro yang mendapat rating tertinggi. Justeru apabila musim ketiga ini diwarnai wajah-wajah baru, apakah drama Geng Bas Sekolah ini mampu mempertahankan popularitinya? Apakah penggemar siri ini dapat menerima pembaharuan yang diperkenalkan untuk musim kali ini?

Menjawab pertanyaan ini, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata mereka yakin populariti Geng Bas sekolah akan terus bertahan walaupun drama bersiri itu menggunakan wajah baru.

“Pelakon drama bersiri Geng Bas Sekolah ini sebenarnya tidak pernah tetap. Setiap kali musim terbaru, pelakonnya pasti bertukar. Pertukaran ini sebenarnya dibuat dengan persetujuan bersama Astro dan produksi drama ini. Bagaimanapun, untuk musim terbaru ini, kami membuat sedikit pembaharuan dari segi jalan cerita dan perwatakan.

“Semua watak dan juga nama mereka berbeza dengan yang sebelumnya. Malah jalan ceritanya juga lebih menarik kerana untuk musim ini, kami menyelitkan watak kaki buli. Watak kaki buli ini akan selalu mengacau geng Bas Sekolah. Sebelum ini kemunculan mereka sekali sekala saja,” kata Zainir ketika ditemui selepas majlis pratonton itu berakhir.

Musim baru drama 26 episod ini memperkenalkan Muhammad Izz Irfan yang mendokong watak Fendi, Nora, Emily, Vijay dan Hafiz yang mengikat tali persahabatan melalui pertemuan mereka sewaktu menaiki sebuah bas sekolah yang sama. selain Azrul Zaidi yang memegang watak sebagai pemandu bas bernama Abang Reza. Maka di situlah bermulanya pengembaraan mereka yang terpaksa melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang menjadi asam garam di alam persekolahan mereka.

Bagaimanapun, apabila melihat unsur buli membabitkan pelajar yang masih bersekolah rendah dipaparkan dalam drama ini, timbul keraguan apakah unsur negatif seperti ini wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak kerana ia jelas menggambarkan budaya kurang sihat serta menjadi contoh tidak baik kepada mereka.

Mengulas persoalan itu, Zainir berkata walaupun ada dipaparkan unsur negatif tetapi mesej yang ditekankan tetap menjurus ke arah kebaikan. “Setiap episod akan meninggalkan kesan positif dengan mengajar kanak-kanak berdikari dan berfikir dengan bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, untuk adegan buli, di penghujungnya nanti setiap kejahatan pasti mendapat balasan. Unsur pengajaran moral yang kami paparkan itu diselitkan dengan cara tersirat dan tidak membosankan penonton.

“Dalam rancangan ini juga, kanak-kanak dipaparkan sebagai penyelamat kepada sesuatu situasi dan tidak bergantung kepada orang dewasa untuk berjaya. Ia juga amat menekankan kepentingan semangat kerjasama antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dan sentiasa mengingatkan kanak-kanak tentang nilai persahabatan yang penting dalam perkembangan diri sendiri,” kata Zainir lagi.

Sementara itu, mengulas pembabitan mereka dalam drama ini, lima sekawan ini bersetuju pengalaman berada di lokasi penggambaran adalah sesuatu yang cukup bermakna. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah kali pertama mereka berdepan dengan kamera.

“Saya akui memang susah berlakon terutama apabila kena hafal skrip. Banyak kali juga saya kena ulang rakaman tetapi penat macam mana pun seronok,” kata Amir Johar yang memegang watak Hafiz. Begitu juga dengan Alya Sabrina yang memegang watak Nora dalam drama ini. Katanya, selain teruja kerana berpeluang untuk berlakon dalam siri kegemarannya, dia juga seronok kerana dapat bertemu kawan-kawan baru di situ. Rancangan Geng Bas Sekolah akan disiarkan setiap hari Jumaat jam 2.00 petang, bermula 25 September lalu menerusi Astro Ceria di saluran 611. Manakala siaran ulangan adalah pada setiap Ahad jam 11.30 pagi.

Sumber : berita harian