“Alhamdulillah, Kami Masih Maintain Slim..” Saharul Ridzwan ‘Edit’ Gambar Kasi Nampak Kurus, Viral Terus

Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menghiburkan apabila pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi gambar dia bersama si isteri yang telah disunting untuk kelihatan kurus.

Bagaimanapun, foto raya yang dirakam pada Syawal kelima itu disunting dengan jelas hingga masing-masing jadi ‘ramping yang amat!’.

“Alhamdulillah, raya ke 5 kami masih maintain slim,” tulisnya pada posting yang sudah pun meraih lebih 100,000 tanda suka itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, raya ke 5 kami masih maintain slim. 😊

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Lantas, gambar yang dikongsi bintang drama Jangan Benci Cintaku itu juga dihujani dengan pelbagai komen humor peminat.

Rata-rata dari mereka berasa terhibur apabila melihat gambar berkenaan yang kelihatan sangat kelakar.

Alahai, ada-ada sahaja gelagat Saharul yang menghiburkan hati peminat. Kelakar kan?

Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,2 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar terbaik kami sekeluarga. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

Sumber : Instagram Saharul Ridzwan