“Setakat Ini, Tidak Akan Kembali Bertanding Di AJL,”Siti Kekal Takkan Nyanyi Anta Permana Di Pentas Final

Buat kesekian kalinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Kenyataan tersebut dibuat bintang tersohor ini apabila single terkininya, Anta Permana turut dicalonkan di Muzik-Muzik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

lunch break #work #vivo

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Malah lagu berkenaan dikatakan mempunyai harapan cerah untuk mara ke peringkat akhir pertandingan nyanyian berprestij itu.

“Setakat ini, saya tidak akan kembali bertanding di AJL. Biarpun keputusan ini sebenarnya menghampakan peminat, saya akur.

“Namun mana tahu pada waktu mendatang, saya mungkin berubah pendirian. Tetapi, apa yang boleh saya katakan, saya menyerahkan 100 peratus kepada pencipta lagu untuk memilih calon sesuai menyanyi lagu Anta Permana,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengakui dia tidak membantah andai lagu berkenaan dinyanyikan penyanyi lain, andai ia marah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kelak.

“Saya tiada bantahan, malah sekiranya Ernie Zakri menjadi pilihan, saya terima dengan terbuka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siang tadi sempat ke 2 Open house @theduckgroup @vivyyusof & @cimbmalaysia .. Terima kasih di atas undangan & layanan yang mesra… Makanan pun sedap sangat👍

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Dalam hal ini, saya selesa membiatkan Hael Husaini atau Eza Kong memilih dan menentukan siapa yang mereka mahukan.

“Saya hanya boleh memberi idea, namun terserah kepada Hael dan Ezra kerana lagu itu milik mereka,” katanya.

Kali terakhir Siti bersaing di anugerah muzik tahunan itu menerusi lagu Destinasi Cinta pada AJL 2007 lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @OTOK PRESS 

Sumber:Instagram Siti Nurhaliza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*