6 Selebriti Ini Tak Segan Mendedahkan Seluar Dalam Kegemaran Mereka

Semua orang mahu menjadi seperti selebriti kesayangan mereka. Baik dari segi penampilan sehinggalah secara keseluruhannya ada sahaja keperibadian selebriti terkenal menjadi medium untuk mereka tampil bergaya.

Seluar Dalam Kegemaran Selebriti Terkenal 

Namun begitu, menyingkap kisah pakaian selebriti-selebriti terkenal Hollywood ini ada diantara mereka sememangnya mempunyai jenama dan jenis pakaian kegemaran tersendiri. Di sebalik pakaian seharian, kami cuba ‘intip’ apakah seluar dalam kegemaran selebriti-selebriti Hollywood ini hasil carian dari pelbagai sumber.

Lala Anthony – Victoria’s Secret Stretch Cotton V-string Panty

La La Anthony mempunyai lebih dari 100 helai seluar dalam jenama dan jenis ini! Menurutnya dia sememangnya seorang individu yang suka pada jenama yang sama sekiranya jenama itu memenuhi citarasanya. Biarpun mempunyai pelbagai warna, siapa sangka La La hanya memilih warna hitam dan ‘nude’ bagi kesemua seluar dalam miliknya.

Ansel Elgort –  Calvin Klein Men’s Underwear 3 Pack Cotton Classics Boxer Briefs

Ketika ditanya soalan ‘cepumas’ dari media, sekiranya Ansel Elgort diberi pilihan untuk memakai hanya satu jenis pakaian untuk seumur hidupnya, pelakon ini menjawab ianya adalah sehelai luar dalam. Malah dia turut akui, dia sememangya selesa sekiranya dibenarkan untuk berjalan di kawasan umum dengam hanya berseluar dalam.

“Ianya adalah sehelai seluar dalam. Namun pastikannya ianya adalah tight seperti Calvin Kleins. Saya boleh bermain bola kerajang, mandi, berjalan dengan hanya memakainya. Malah sekiranya dibenarkan, saya mungkin selesa dengan hanya berseluar dalam untuk berjalan di kawasan terbuka”

4Rihanna – Commando Women’s Classic Thong

Menerusi penata gayanya, Rihanna gemar memilih Commando sekiranya memakai seluar dalam jenis thong. Menurut penyanyi ini walauupun hanya memakai pakaian yang halus dan jarang, namun seluar dalam ini akan tetap tidak kelihatan.

3Emma Watson – Naja Bikini Nude 01

Menurut bintang Harry Potter ini, dia gemarkan sesuatu yang berwarna ‘nude’ kerana sesuai untuk semua warna kulit. Dan dsebabkan itu jugalah dia memakainya setiap kali peragakan mana-mana pakaian kerana ianya ‘lutsinar’

Rafael Nadal – Tommy Hilfiger Ones

Antara sebab dia bersetuju untuk menjadi duta kepada Tommy Hilfiger adalah kerana keselesaannya. Memakai jenama ini untuk sekian lama, kegemaran Nadal adalah Tommy Hilfiger ones.

1Kevin Love – SAXX Fuse Boxers

Kerana terlalu menyukai seluar dalam jenama ini, Kevin Love bukan sahaja memiliki koleksinya tersendiri malah turut menghadiahkan seluar dalam jenama SAXX kepada bapa, rakan-rakan dan jurulatihnya. Sesuaty yang mengejutkan kerana semua daripada memberitahu jenama ini adalah yang terbaik pernah mereka pakai.