“Cantiknya Macam Anak Dara” Tudung Bawal Jadi Pilihan Di Hari Raya, Siti Nurhaliza Tarik Perhatian Netizen

Penampilan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Hari Raya Aidiladha mendapat perhatian netizen.

Dalam entri tersebut, Siti memilih mengenakan tudung bawal yang jarang digayakan olehnya.

Perkongsian foto itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
 
Rata-rata memuji wajah Siti yang kelihatan seperti anak dara walaupun sudah berkahwin serta mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah.

Seperti semua sedia maklum, Siti yang sudah memasuki usia 40 tahun sememangnya sentiasa menjaga penampilan diri.

Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu selepas pasangan itu menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber: Instagram ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*