“Tu Akhbar Pertama Aku Baca Masa Kecik,” Didakwwa Bakal Tutup, Netizen Dan Selebriti Zahir Rasa Sedih

Malam tadi kita dikejutkan dengan perkhabaran bahawa syarikat Utusan didakwa bakal ditutup esok (Rabu). Namun buat masa ini, Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir masih belum menyatakan tarikh sebenar tentang perkara berkenaan.

Meskipun sebelum ini, banyak ura-ura yang mengaitkanya dengan krisis kewangan, ramai yang masih terkejut dengan ‘pengakhiran’ yang menimpa syarikat yang sudah berusia puluhan tahun itu.

Media sosial terutamanya Twitter malah dipenuhi dengan ciapan mengenai isu ini, bukan sahaja dari orang awam tetapi juga dari kalangan selebriti terkenal negara. Mereka menzahirkan sokongan dan kata-kata semangat buat seluruh warga syarikat terbabit.

Salah seorang daripadanya adalah Neelofa, nama yang semenangnya tersohor dalam industri hiburan tanah air. Beliau meluahkan rasa terkejut mengenai berita tersebut kerana menurutnya syarikat penerbitan dan pencetakan berkenaan banyak membantu kariernya dari dahulu.

“Terkejut dengar keaadan Utusan sekarang, diorang banyak bantu Lofa dari awal. Jadi, saya mahu membalasnya. Kalau korang kenal sesiapa pun HR atau mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja, letakkan butiran tu di bawah!”

Bukan itu sahaja, malah Neelofa juga membuka ruang untuk membalas jaga pihak Utusan di mana warga net boleh berkongsi mengenai jawatan kosong yang mungkin diperlukan oleh bekas pekerja syarikat itu.

Selain itu, Syafiq Kyle juga tidak ketinggalan memuatnaik ciapan di laman twitternya untuk berkongsi rasa duka dan mengajak orang ramai supaya membantu syarikat berkenaan.

“Jujur saya terkejut bila baca tentang keadaan Utusan dan Kosmo hari ni. Terkejut sebab macam tak percaya operasi dua akhbar ni akan dihentikan. Mari kita sama-sama bantu mereka, selama ni akhbar-akhbar ni yang banyak bantu kerjaya saya. Semoga semuanya baik-baik untuk warga Utusan dan Kosmo.”

Moga Allah bukakan pintu rezeki baru seluasnya buat kakitangan Utusan

Seriuslah nak tutup? Tu akhbar pertama aku baca masa umur 5, 6 tahun

Surat khabar paling lama bertahan sampai sekarang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber: NeelofaSyafiq Kyle & Twitter