“Hargai Diri Sendiri” Bella Astillah Kongsi Tips Move On, Katanya Kena Reda

Bekas isteri kepada penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi beberapa cara untuk melupakan pasangan yang sudah berpisah.

Kata pelakon itu, menghargai diri dan terima ketentuan ilahi dengan hati terbuka adalah kunci untuk ‘move on’ dengan cara yang tenang.

“Tips move on? Hargai diri sendiri!

“Allah punyai perancangan yang lebih baik untuk anda. Reda dan terima ketentuan-Nya dengan hati yang terbuka.

“Banyak lagi perkara lebih baik menanti anda di hadapan. Percaya pada Allah,” kongsi Bella menerusi akaun Twitternya.

Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakkwa kerap berlaku cvrang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cerrai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertngkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

SUMBER: Twitter Bella Astillah