“Saya Tidak Cuba Untuk Mengambil Tempat Sesiapa” Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle akui memahami perasaan pelakon teater apabila dirinya terlibat dalam sebuah naskah teater dengan memegang watak utama.

Menurut Syafiq dia tidak berniat untuk merampas tempat sesiapa tetapi hanya untuk mengasah bakat.

“Saya faham perasaan mereka apatah lagi selama ini saya lebih dikenali sebagai pelakon televisyen.

“Jika saya berada pada tempat mereka, saya pasti memberikan reaksi serupa.

“Semua itu saya anggap sebagai cabaran. Saya lebih suka melihatnya dari sudut positif.

“Tuhan meletakkan saya di sini untuk terus mengasah bakat dan memperbaiki mutu lakonan kerana pentas teater sesuai untuk menimba ilmu.

“Semangat saya terhadap lakonan sangat tinggi sampailah saya diduga sehingga ke hari ini.Apabila saya diduga dengan pertikaian orang, mungkin itu akan menaikkan saya ke satu tahap lagi.

“Saya tidak cuba untuk merampas tempat sesiapa. Jika ada yang beranggapan seperti itu, bermakna mereka gagal mengawal ego sendiri,” katanya kepada Gempak.

Syafiq ditemui usai pementasan teater Pawana Isabella yang diadakan di Istana Budaya pada malam Rabu lalu.

Pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut mengalu-alukan kedatangan pelakon teater di skrin telvisyen.

“Sebagai pelakon, kita perlu mengalu-alukan mereka yang ingin mengasah bakat.

“Kami juga menerima kehadiran pelakon teater di skrin televisyen dengan tangan terbuka. 

“Dalam situasi ini kita perlu percaya dengan rezeki,” tambahnya lagi.

Kini, Syafiq sedang terlibat dengan pementasan teater Pawana Isabella yang bermula 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya.

Teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Janna Nick, Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn dan Datuk Afdlin Shauki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

SUMBER: Gempak