“Tak Bercakap Sampai Menggigil” Adeline Tsen Kongsi Pengalaman Menangis Selama 1 Jam

Pelakon Adeline Tsen berkongsi pengalaman berlakon apabila terpaksa menahan air mata selama satu jam pada penggambaran drama Setelah Ku Miliki baru-baru ini.

Menurut Adeline, watak dipegang dalam drama terbarunya itu begitu mencabar dan berbeza daripada yang pernah dibawa sebelum ini.

“Selalu bawa watak antagonis tapi kali ini saya bawa watak isteri yang menjadi mangsa penderaan dan terpaksa menuruti kehendak keluarga.

“Paling mencabar ketika saya diminta untuk menangis selama satu jam. Bayangkan saya terpaksa tahan emosi selama sejam untuk 10 babak straight.

“Memang saya diam dan tak banyak bercakap sepanjang penggambaran, malah ada satu tahap sampai saya menggigil,” katanya.

Jelas Adeline, walaupun tugas berkenaan agak mencabar, namun dia cuba membawa watak tersebut sebaik mungkin.

“Setiap kali babak yang memerlukan saya menangis, saya akan teringat dekat ibu.

“Ye lah, saya kan dah tak ada ibu sejak umur 17 tahun. Setiap kali teringat ibu, mesti saya menangis. Saya terlalu rindukan dia,” katanya.

Adeline ditemui ketika majlis pelancaran platform Effro di Hotel Shangri la di Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, drama Setelah Ku Dimiliki diarahkan oleh Osman Ali yang turut menampilkan Zul Ariffin, Intan Najwa dan Tiz Zaqiyah sebagai pelakon utama.

Drama yang diadaptasi daripada novel popular itu akan disiarkan di slot Akasia, TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

SUMBER: Gempak