“Memang Minat ” Ini Jawapan Isteri Tauke Bila Diminta Jadi Pramugari

Kecantikan dan personaliti menarik yang ada pada Nadia Mohd Effendi merupakan antara sebab pengikut Instagram (IG) miliknya mencadangkan isteri pelawak Tauke Jambu itu menjadi pramugari.
 
Saranan itu disuarakan oleh salah seorang pengikut IGnya menerusi ruangan Insta Story yang dibuat oleh Nadia semalam.
 
Menerusi ruangan tersebut, pengikutnya meluahkan hasrat untuk melihat wanita cantik itu menjadi salah seorang kru kabin.
 
“Salam sis Nad, kenapa sis tak nak jadi pramugari sebab saya tengok sis cantik jadi pramugari. Bentuk badan sis cantik,” soal seorang pengikut.
 
Bagaimanapun kata Nadia dia agak berminat untuk bekerja dalam bidang tersebut namun mempunyai sebab tertentu untuk tidak meneruskan niatnya.
 
“Wassalam, memang minat tetapi tu lah nak kena terbang jauh-jauh nanti rindu anak. Tunggu anak dah besar sikit boleh la cuba mohon,” tulisnya.

Terdahulu, Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber:Gempak