Safiey Ilias Buang Silikon Di Dada

“SAYA fikir esok mati macam mana dan buat demi reda Allah SWT serta mak ayah,” kata usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias, 25.

Dia yang lebih dikenali sebagai Safiey Ilias selamat menjalani pembedahan membuang implan silikon di bahagian dada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Difahamkan, ini kali kedua Safiey melakukan pembedahan sama selepas kali terakhir pada April tiga tahun lalu.

Safiey melalui Instagram (IG) dan Facebook rasminya mengesahkan melakukan pembedahan itu demi bapa dan ibunya.

“Alhamdulillah. Maaf mungkin jarang ‘update’, baru selesai buang implan silikon. Ayah suruh dan saya turuti.

“Kawan ada halang tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab, bukan kawan saya,” katanya.

SAFIEY Ilias berehat selepas pembedahan dan bersama ibunya (gambar kanan). FOTO IG Safiey Ilias.

Dalam satu video langsung di IG, Safiey mengakui dia nekad membuang implan itu berikutan bimbang jika meninggal dunia esok.

“Saya fikir seksa kubur dan mati saja serta mahu menghargai mak ayah yang masih hidup.

“Kini saya solat dan mula rasa tenang serta hilang satu beban. Saya lakukan kerana Allah SWT.

“Semoga setiap darah menitis ketika di bilik bedah adalah darah syahid, doakan saya terus istiqamah dan cepat sembuh,” katanya.

Pada April 2016, Safiey melakukan pembedahan sama untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki, namun beberapa lama selepas itu mencipta kejutan apabila mengambil keputusan untuk menjadi ‘wanita’ semula dengan memuat naik gambar berpakaian wanita menerusi laman Instagramnya.

 

Sumber : Hmetro