“Tak Rasa Perkara Itu Akan Bawa Imej Buruk” Shaheizy Sam Akui Terkejut Bila Lihat Gurauan Isteri

Aktor Shaheizy Sam menganggap gurauan kasar isterinya, pelakon Syatilla Melvin dengan adik-beradik adalah perkara biasa kerana mereka berasal daripada bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Menurut Sam, dia akui agak terkejut dengan gurauan Syatilla pada awal perkenalan namun lama-kelamaan, itu sudah menjadi kebiasaan.

“Saya anggap ia perkara biasa kerana dia adalah orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit.

“Masa awal-awal saya kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi, lama-kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu.

“Bagi saya, okey sahaja dia bergurau begitu. Tiada apa yang saya perlu kawal. Mungkin gurauan kasar itu dia belajar daripada saya juga,” katanya.

Sam ditemui ketika Majlis Pelancaran Shaheizy Sam 20 Days Challenge di Battle Arena, Petaling Jaya semalam.

Tambah Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia tidak menganggap gurauan yang dilakukan itu akan membawa imej buruk terhadap dirinya dan keluarga.

“Kadang-kadang kita buat baik pun orang kecam, orang tak suka.

“Tilla tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat dan cara pemikiran masing-masing.

“Apa pun kalau adik beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan.

“Terus terang, Instagram (IG) pun saya tak tengok sangat. Setakat muat naik foto sahaja.

“Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Syatilla mendapat kecaman daripada netizen kerana bergurau berbaur lvcah bersama adiknya, Syifa Melvin di Instagram (IG) miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

SUMBER: Gempak