“Mula Dengan Video Reaction,” YouTubers Filipina Ini Akhirnya Dapat Jumpa Dan Berduet Dengan Tok Ti

Seorang YouTubers terkenal berasal dari Filipina, Nephi Acaling menjadi antara individu bertuah apabila berpeluang bertentang mata secara lebih dekat dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ahad lalu.

Jika sebelum ini Nephi hanya membuat video reaksi di YouTube, siapa sangka dia akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan idola kesayangan ramai dalam satu sesi pertemuan di kediaman Siti.

Pertemuan bermakna itu turut dikongsikan di sebuah posting di Instagram miliknya.

“Hati saya dipenuhi rasa kegembiran luar biasa. Tanpa dirancang, Siti pun pakai baju sama warna dengan saya.

“Saya terharu dan berbesar hati dengan layan dan hospitaliti yang diberikan oleh Siti dan rakan di Malaysia,” katanya.

Pada pertemuan itu juga, Nephi turut diberi peluang untuk berduet dengan Siti untuk menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I can’t believe I am singing with the queen @ctdk | full HD video will be uploaded in Dato’ Siti’s channel soon. 😭😭😭 #BukanCintaBiasa #TheVoiceOfAsia #SitiNurhaliza

A post shared by Nephi Acaling (@nephiaxe) on

Rakaman tersebut bakal dimuat naik di YouTube rasmi milik Siti tidak lama lagi.

Difahamkan, sebelum berjumpa Siti, Nephi turut berkesempatan untuk bertemu dengan Syamel, Aina Abdul, Salma Asis serta Anuar Zain.

Untuk pengetahuan ramai, Nephi merupakan YouTubers dari Filipina yang sering melakukan video reaksi nyanyian penyanyi di Malaysia.

Sehingga kini, Nephi mempunyai 135,000 pengikut di laman YouTube miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

SUMBER: gempak