“Kami Terima Dan Memang Sallah Kami” Nadya Shahera Ulas Isu Pekerja Imiigran

Mengaku bers4lah kerana membenarkan imigram har4m tinggal dalam sebuah premis, pelakon Nadya Syahera mengaku menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran buat dirinya dan suami.

Nadya, berkata dia serta suami akan lebih peka terhadap pengurusan pekerja dan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Pelakon ‘Abang Bomba I Love You’ itu juga menarik nafas lega kerana kes pend4kwaan terhadap suaminya Mohd Hafizul Md Nawi sudah hampir selesai.

“Sebenarnya dengan apa yang berlaku ini, saya dan suami banyak belajar contohnya lebih peka dalam pengurusan pekerja. Sememangnya perlu ada permit kalau ambil orang luar.

“Kami terima apa yang terjadi ini dan memang salah kami. Tapi, pasti di sebalik kesilapan ini ada pengajaran dan hikmah terbaik untuk kami,” katanya.Semalam, suaminya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduh4n membenarkan imigran har4m tinggal dalam sebuah premis.

Mohd Hafizul didakwa sengaja membenarkan tujuh imigran har4m masuk dan tinggal di sebuah premis di Shah Alam pada jam 10.10 malam, 20 Februari lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.

Seksyen itu memperuntukkan dend4 maksimum RM30,000 atau penj4ra 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warga asing yang dibenarkan berada dalam premis.

Terdahulu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkam4h supaya menangguhkan keputusan hukum4n pada tarikh lain di atas alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.

Hakim Saifulakmal Mod Said kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 26 September ini untuk tarikh jatuh hukvm.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber: Harian Metro via Gempak