Kucing tak ‘layan’ apabila dipanggil, rupa-rupanya tunggu Pakcik ni “Bunyi enjin motosikal semua siap berkumpul”

BERBUAT baik bukan sahaja sesama manusia, sebaliknya haiwan juga layak menerima layanan yang sama.

Betul kata orang-orang tua bahawa haiwan kesayangan terutamanya kucing mempunyai sifat setia dan kenal siapa yang selalu memberinya makan.

Pengalaman seorang gadis tidak ‘dilayan’ sekumpulan kucing jalanan membuatkannya lebih faham sikap sebenar seekor kucing.

Menurut, Alia Shahirah Rushdi, 24, walaupun dia seorang pecinta kucing, namun tidak semua kucing mahu mendekatinya.

“Semalam (Sabtu) saya membuat kerja sambilan di Sri Kembangan dan ternampak beberapa ekor kucing berkeliaran.

Alia berkongsi posting mengenai pakcik kucing di Twitternya.

“Jadi saya cuba panggil, namun tak diendahkan. Tiba-tiba datang seorang pakcik tua membawa makanan untuk kucing-kucing itu.

“Yang menariknya, ada lagi beberapa ekor yang menyorok sebelum ini dan terus pergi ke arah pakcik tu.

“Saya macam ‘impress’ dengan kucing-kucing tu kerana bunyi enjin motosikal pun mereka dah tahu siapa yang datang,” kongsinya kepada mStar.

Saya macam ‘impress’ dengan kucing-kucing tu kerana bunyi enjin motosikal pun mereka dah tahu siapa yang datang.

Menurut Alia, walaupun dia sendiri ada memelihara kucing, namun apa yang dibuat pakcik itu sangat menyentuh hatinya.

“Saya ada bercakap dengan pakcik tu. Dia cakap selalu datang ke sini (Selangor Turf Club) untuk memberi kucing-kucing itu makan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Macam tau-tau jer makanan dah sampai. Semoga pakcik ni murah rezeki dan sihat selalu. #mstaronline #mstarmns Video kredit: Aya

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

“Pakcik ada cakap dia tinggal berhampiran dengan tempat ni dan memang sudah menjadi rutin beri makan kepada kucing-kucing ini.

“Kadang-kadang ada juga dia bagi makan ayam rebus.

Setiap hari pakcik memberi makanan kepada kucing-kucing di sekitar Selangor Turf Club.

“Saya nampak semua kucing itu memang mesra dengan pakcik ni. Belum panggil, semua dah sampai kat kaki dia.

“Masa tu terdetik kat hati saya, ‘kucing pun ada perasaan kasih sayang dan tahu menghargai’,” ujarnya.

Alia turut berkongsi rakaman video pakcik tersebut di Twitternya dan mendapat lebih 4,000 tontonan.

“Ramai juga yang member komen-komen mendoakan pakcik tu dimurahkan rezeki.

“Sebenarnya tak ramai yang mempunyai hati mulia separti pakcik itu. Saya sendiri berasa terharu dengan apa dilakukan ini,” tambahnya yang tinggal di Bangi, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber : mStar