Terang-Terang Gvna Timbang Kilo, Kembar 7G ‘Claim’ Produk Mereka Dari Kilang

Tidak perlu dinafikan lagi kewujudan produk kosmetik yang dihasilkan secara ‘timbang kilo’ demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko bahaya kepada para pengguna.

Terbaru, gadis kembar yang juga dikenali gara-gara memperoleh keputusan 7G Ieka Tajudin dan kembarnya Iera Tajudin menjadi bualan netizen apabila mengatakan produk mereka dihasilkan dari sebuah kilang kosmetik.

Inilah kilang produk kami

“Bukan produk timbang kilo, bukan produk dari China atau Thailand ye sayang-sayangku,” tulis gadis berusia 18 tahun itu.

Walau bagaimanapun, beberapa pengguna laman Twitter tampil mendedahkan bahawa kilang tersebut merupakan ‘timbang kilo’ dalam berskala besar di Malaysia.

Selepas bahan kosmetik dihasilkan, pengasas produk akan melabelkan jenama masing-masing melalui pelbagai idea dan cara pemasaran.

Benda ni dah lama orang tahu

Tinggal letak jenama sendiri je

Apo la adik2 ni

Tindakan itu mengundang kecaman warganet yang rata-rata mengakui mudahnya untuk menjadi seorang pengasas dengan mengeluarkan sedikit modal bagi mengaut keuntungan besar.

Tertipu ke memang sengaja?

Takkan nak kena tunjuk alat penimbang kot?

Senang2 jadi pengasas

Jual dengan harga mahal pulak tu!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber:Twitter