”Saya Tak Setuju”Kalau Nak Samann Saya, Samann Penjual Aksesori Juga.Achey

Baru-baru ini kecoh mengenai motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perkara itu mendapat perhatian pelawak Achey Bochey yang mengakui gemar mengubahsuai motosikal tetapi ianya tidaklah keterlaluan.  Namun, Achey tidak bersetuju jika motosikal disita kerana perlaksanaan larangan tersebut perlu bermula di kedai aksesori.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bukan promosi tapi benda dah beli… ini bukan niat nak menentang cuma nak bincangkan… salah tetap salah.. pilih satu soalan untuk anda jawap… .. 1- nak jual balik kat kilang laku tak?.. .. 2-pastu kilang yang keluarkan tu nak jual barang apa?… ke tutup terus?… .. 3-autoshow motosikal ada lagi tak? Adakah ketegorinya siapa paling standard dia menang? .. 4-import eksport barangan Eksesori acane? .. 5- kalau benda boleh jual siapa nak beli? .. 6- adakah selepas ini jalan raya makin sesak ? Semua naik kereta? .. 7- bagaimana peniaga2 kita yg sedang meningkat naik menjana ekonomi mereka? … .. 8- bike week? Gathering? Event permotoran acane? .. .. ok itu sahaja setakat ni soalannya…Sila komen yg murni… kita tidak menentang tapi setiap isu kita boleh bincangkan secara baik sambil2 pekena #gengasap #belanjakaw #salahtetapsalah #borakborak

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang.

“Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.

“Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah,” katanya .

Dalam pada itu Achey memberitahu, jika larangan dikenakan ia akan merugikan kerana ada diantara peniaga aksesori motosikal terdiri daripada Melayu dan Bumiputra.

“Biarpun meminati ubahsuai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilkan perolehan buat pengusaha kedai makan,” katanya.

Terdahulu, polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk selebriti supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber:Instagram Achey Kintang Kintung