Bintang Big Stage 2019 Mula ‘Demand’ Harga.

Berbaki tiga minggu lagi sebelum Big Stage 2019 melabuhkan tirainya sebaik sahaja juara musim ini diumumkan.Biarpun ada diantara peserta-peserta ini telah mencipta nama terlebih dahulu, namun kesemua mereka percaya Big Stage merupakan satu platform yang bagus untuk lebih berjaya dan dikenali ramai.

Mula ‘Demand’ Harga 

Terbaru, terdapat satu perkhabaran yang kurang baik mengenai salah seorang bintang Big Stage kali ini. Menerusi informasi yang kami terima daripada satu jenama pereka fesyen tempatan popular, dikatakan ada diantara mereka yang sudah mula ‘demand’ harga untuk menjayakan satu persembahan kelak.

Menurutnya, harga yang ditawarkan tersebut mencecah ‘lima angka’ malah jauh lebih mahal daripada penyanyi popular yang sudah lama bertapak di dalam industri.

Terkejut Dengan Harga Yang Ditawarkan 

Bagi pereka fesyen tersebut yang menginginkan penyanyi tersebut membuat persembahan di acaranya tidak lama lagi, dia begitu terkejut dengan harga yang ditawarkan sehingga beberapa kali bertanyakan mengenai harga tersebut .

Malah dia turut membuat perbandingan dengan harga persembahan seorang penyanyi lelaki popular yang lebih murah berbandingnya yang hanya baru mencipta nama menerusi program realiti tersebut.

Barangkali mungkin penyanyi itu baru bertapak di dalam industri membuatkan pihaknya turut meletakkan harga yang agak tinggi. Apa pun siapakah yang akan menjuarai Big Stage 2019? Sama-sama kita nantikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber; hangat.com

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri