Norman Hakim Beri Kejutan Buat Isteri Tercinta Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-8

24 September merupakan tarikh paling bermakna buat pasangan artis popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana hari itu mereka disatukan sebagai suami isteri. Pasangan tersebut antara selebriti yang mendapat perhatian dan mempunyai ramai peminat, ini kerana sikap mereka yang sangat mesra dan sentiasa menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Sempena ulang tahun perkahwinan kali kelapan, Memey memuat naik foto dan video mengenai kejutan yang dilakukan suaminya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sweetnya!

Bersungguh dia ajak keluar dating

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Suami oh suami 😫😭❤️ Bersungguh dia ajak kita keluar.. Cakap nak g makan dating ber2.. Byk kali juga sy pujuk suami cakap tak nak ..sbb penat 🙈 Mcm2 alasan sy buat 🤣🤣 Esok pun nk shoot pagi.. Suami kata …kena juga pergi sbb takde date dah sblm anniversarry kita org.. Sy kata takpelah …tak payah buat apa2 pun.. Sbb kita org dah plan nk buat doa selamat je nnt masa anniversary betul2 24 hb… So i said,dah lebih dr cukup.. Tapi…. Inilah lah hasilnya.. suami ada geng konspirasi @surprisehoney .. Subhanallah tak terungkap dgn kata… Nnt sy sambung lg.. byk momment sy nk share sbb tanda sy happy sgttttt mlm ni.. Tq suami ❤️ Syukur Alhamdulillah…

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Menurut Memey, suaminya itu sangat bersungguh-sungguh untuk membawanya keluar walaupun pelbagai alasan telah diberikan. Tambahnya, suaminya itu turut memberitahu bahawa tiada tarikh yang sesuai buat mereka berdua untuk keluar selepas ini, kerana masing-masing akan sibuk menyelesaikan urusan kerja. Memey juga memberitahu bahawa majlis doa selamat akan dilakukan sempena ulang tahun perkahwinan mereka, namun tidak sangka suaminya melakukan kejutan sebelum tarikh berkenaan.

Romantiknya!

Cantiknya dekorasi

Ucapan netizen

Rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua. Netizen turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber: Memey Suhaiza & Norman Hakim

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri