Si Isteri Mengidam Tunggang Motosikal Hantar Grab Food, Lelaki Ini Tunaikan Hasratnya

Menjadi sesuatu yang normal buat ibu mengandung untuk terasa teringin sesuatu atau mengidam. Tapi kebiasaannya ibu mengandung mengidam makanan.

Ada yang teringin makanan yang biasa dan mudah untuk dicari dan ada juga yang mengidam makanan yang sukar untuk ditunaikan. Orang dulu-dulu kata pembawakan budak.

Namun berbeza buat Zulfahani Zulkifli, 25 tahun ini. Dia yang kini sedang mengandung 6 bulan anak sulung begitu teringin untuk menunggang motosikal menghantar pesanan makanan menggunakan aplikasi Grab Food.

Luar biasa juga mengidam isteri Muhammad Haikal Mazlan, 27 tahun ini!

Menurut Zulfahani, pada asalnya dia sering ternampak rider grab lain yang bawa pasangan mereka semasa membuat Grab Food. Kebetulan suaminya juga membuat kerja part time itu dan dia meminta untuk ikut suaminya itu bekerja.

Zulfahani Zulkifli dan Muhammad Haikal.

Namun suaminya, Muhammad Haikal memberikan 1001 alasan seperti beg makanan berat, cuaca panas dan sebagainya. Tapi pada suatu hari Zulfahani terpaksa pergi kerja sendiri menunggang motosikal. Balik kerja suaminya jemput untuk pulang bersama.

Jadi pada hari itu mereka ada dua motor dan Zulfahani memujuk suaminya untuk mengambil satu pesanan dari Grab Food.

Terserlah kegembiraan Zulfahani hasratnya yang tertunai.

Maka tertunailah hasrat ibu mengandung ini untuk menghantar makanan dengan menunggang motosikal!

Tambah Zulfahani yang sememangnya sudah biasa menunggang motosikal, sejak dia mengandung suaminya tidak membenarkan dia menaiki motosikal kecuali jika terdesak sahaja.

Sebelum ini video yang memaparkan Zulfahani yang sedang menunggang motosikal membawa beg grab food tular di sosial media.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai dengan 375,000 tontonan dan 28,200 retweets!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber: Haikalmazlan

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri