“Tawaran Untuk Taja Perkahwinan Banyak,” Sufie Rashid Gembira Majlis Perkahwinan Berjalan Lancar

Penyanyi Sufie Rashid melahirkan rasa syukurnya apabila ahli kelurga dan sanak saudara hadir ke majlis resepsinya di Kuala Lumpur.

Menurut Sufie, 28, biarpun majlis resepsi Singapura akan diadakan pada 28 September ini, dia terharu melihat datuknya tetap mahu menghadiri persandingan di Kuala Lumpur biarpun sudah berusia.

“Saya terkejut dan gembira melihat semua sepupu dan saudara datang pada majlis hari ini.

“Datuk saya yang paling payah nak muncul, tiba-tiba datang jadi saksi, ini cukup buat saya terharu walaupun ada keluarga yang tak dapat datang,” ujar Juara Akademi Fantasia musim 2015 ini.

Sufie dan isterinya, Nurulain Md Yusof ditemui sebelum majlis resepsi mereka yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustafa Kamal, Damansara Perdana pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah! Done for our first reception! Woohoo! We’re super exhausted, time to sleep with my wife! 😍 #SAH

A post shared by @ sufierashid on

Dalam majlis meraikan cinta pasangan itu, Sufie dan Ain menyerlah dalam persalinan merah terang hasil rekaan pereka Taufik Idros Creation.

Lebih memberi kepuasan pada pasangan itu adalah semua persiapan dan perbelanjaan untuk menjayakan majlis resepsi adalah hasil titik peluh mereka berdua.

“Saya akui tawaran untuk tajaan perkahwinan memang banyak tapi saya dan Ain buat keputusan untuk tak ambil semua.

“Persediaan perkahwinan ini pun kami lakukan dari A sampai Z tanpa bantuan sesiapa.

“Kami jenis yang susah senang sama-sama dan tak suka nak menyusahkan orang lain,” ujar Sufie lagi.

Pasangan tersebut sah diijabkabul tepat jam 9.30 pagi bertempat di Pulse Grande, Hotel Putrajaya pada Jumaat.

Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu menyaksikan Sufie menyerahkan Mas Kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber : Instagram @sufierashid

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri