“Dia Baik Dan Sangat Merendah Diri” Charis Ow Intai Peluang K0laborasi Dengan Naim Daniel

Penyanyi dan pengacara Charis Ow menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan bintang muda yang sedang meningkat naik, Naim Daniel.

Kata Charis dia pernah menyuarakan hasrat tersebut ketika bertemu dengan pelantun lagu Sumpah itu ketika penggambaran Mickey Mouse Club musim kedua baru-baru ini.

“Kalau ditanya siapa artis yang saya mahu berkolaborasi sudah tentulah Naim Daniel.

“Kami pernah bertemu sebelum ini dan saya akui dia seorang individu yang sangat baik dan merendah diri.

“Saya pernah menyuarakan impian saya untuk berduet dengannya dan katanya tidak mustahil.

“Sumpah pun lagu yang sangat luar biasa dan saya bersyukur seandainya dapat bekerjasama dengan dia suatu hari nanti,” katanya.

Charis ditemui pada majlis pelancaran single ketiganya berjudul Mahal di Red Box The Gardens Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mahal merupakan lagu gubahan Omar K dan mendapat sentuhan lirik oleh Ikhwan Fattana dan John Jeevasingham.

Lagu itu juga turut menampilkan penyanyi rap undangan Loca B. Lagu Mahal diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan muzik videonya sudah boleh ditonton di WebTV Asia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri