“Memang Dah Lama Terdetik Di Hati Saya” Arrwah Bapa Sebab Utama Iedil Dzuhrie Alaudin Tukar Nama

Pelakon Iedil Putra kini mahu dikenali dengan nama Iedil Dzuhrie Alaudin.

Dedah Iedil, arwah bapanya, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid yang bertanggungjawab membawa dirinya masuk ke dalam industri seni.

Oleh sebab itu, Iedil memilih untuk menukar nama dengan mengangkat nama arwah bapanya.

“Memang sudah lama terdetik di hati saya untuk mengangkat nama arwah bapa iaitu Alaudin kerana dia yang memperkenalkan saya dengan industri seni ini.

“Sebelum ini saya tak pernah guna nama Dzuhrie sebab rasa agak ‘geli’ bila dengar. Setelah 35 tahun, baru saya tahu nama saya dalam bahasa Arab ia membawa maksud kecantikan atau ketampanan.

“Ia mempunyai maksud yang baik dan indah, Insya-Allah saya akan terus membawakan nama ini sebaiknya,” katanya.

Iedil ditemui di majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve, Damansara.

Tambah suami kepada aktres Indonesia, Prisia Nasution ini, dia menyedari nama barunya agak panjang namun masih menggunakan panggilan yang sama.

“Selepas saya umumkan tukar nama, memang ada yang tanya saya kenapa panjang sangat.

“Namun bagi saya nama itu tak ada masalah sebab ada artis lain turut memiliki nama yang panjang.

“Saya percaya kalau mereka minat, mereka tetap akan menyokong dan lama-kelamaan akan terbiasa dengan nama Iedil Dzuhrie Alaudin itu.

“Lagipun nama panggilan saya masih kekal sama iaitu Iedil, rasanya tak ada masalah. Selepas tukar nama, saya rasa lebih tenang,” tambahnya lagi.

Selain Iedil, filem Motif turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem arahan Nadiah Hamzah ini akan ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMITUBE

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak VIRAL KAMI TUBE tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak VIRAL KAMI TUBE juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri