Akhirnya PU Abu Buka Mulut, Ini Kata-Kata Beliau Tentang Isu Ceraikan Isteri Demi Janda Anak Satu

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan minta semua pihak bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan mengenai kontroversi rumah tangganya yang menjadi bualan hangat netizen.

Menurut PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, buat masa ini dia memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial.

“ Kenyataan Ain sudah menjawab,” katanya ketika dihubungi .

PU Abu mengaku

Namun jawapan ringkas PU Abu yang ketika ini berada di Madinah itu membawa maksud dakwaan bekas isterinya bahawa dia diceraikan ketika sedang hamil tujuh bulan demi mengahwini seorang wanita berstatus janda beranak satu adalah benar.

Bagaimanapun tambah PU Abu, dia juga mempunyai ‘cerita’ tersendiri disebalik kemelut yang melanda rumah tangganya itu.

“ Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri,” katanya.

Sementara itu ketika diitanya mengapa dia tergamak berbuat demikian ketika bekas isteri sarat mengandungkan zuriatnya sendiri, PU Abu berkata buat masa ini dia enggan memperbesarkan isu tersebut.

“ Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak…saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?” katanya lagi.

Pada Sabtu mStar melaporkan mengenai luahan duga bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini di Instagram selepas diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.

Ain Afini juga mendakwa ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Hasil semakan mStar di Facebook wanita berkenaan, dia juga merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah.

Selain itu Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Terdahulu bekas isteri PU Abu yang dikenali sebagai Ain Afini mendakwa diceraikan suaminya kerana kahadiran orang ketiga.

PU Abu lafaz talak menerusi Whatsapp

Lebih mengejutkan dalam perkongsian tersebut,PU Abu hanya melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

Menurut Ain Afini, suaminya melafazkan talak tersebut pada 13.3.2019 hanya kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

Tambah Ain Afini lagi, PU Abu meminta beliau bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi beliau menolak kerana perkahwinan mereka masih terlalu awal.

” Saya meminta dia memilih sama ada isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” jelas Ain Afini.

” Semoga ‘ustaz’ tidak menyesal dan berbahagia dengan pilihan anda. Untuk mangsa-mangsa lain yang pernah hubungi saya, InsyaAllah kita akan bawa kes ini ke mahkamah selepas saya habis pantang. Moga Allah bantu,” akhiri beliau.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*