Bapa Perjelas Keadaan Terkini Ainul & Sambutan Raya Di London

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Namun itulah yang terpaksa dihadapi ayah dan isteri kepada bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, apabila terpaksa menyambut Aidilfitri di London.Suasana sambutan raya mereka sekeluarga di hospital telah dimuat naik di Facebook bapa Ainul, Ahmad Safiuddin pada raya kedua, khamis lalu.

Malah, video memaparkan Ainul sedang dipakaikan baju kurung yang dimuat naik pada hari sama turut mengundang sebak netizen.”Hari ni berpeluang pakaikan ainul baju kurung,” katanya.

Di hospital.
.

Hospital meraikan muslim yang beraya di sini. Alhamdulillah!
.

Eid mubarak!

Anda boleh lihat video terbabit di bawah.

Menjelaskan perkembangan terkini anaknya, Ahmad Safiuddin berkata, Ainul akan tetap dibedah, namun buat masa ini doktor mahu Ainul besar dan kuat sebelum menghadapi proses pembedahan.”MRI pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab, YA, Ainul akan dibedah.

“Cuma sekarang, mereka mahu Ainul betul betul ready sebelum menjalani pembedahan secara besar besaran kerana masa pembedahan yang agak panjang.”Kami yakin dengan Allah, ketika di dewan bedah itu nanti, akan penuh dengan malaikat yang menjaga ainul dan Allah akan berikan ilham kepada dr yang merawatnya,” katanya.Menurutnya, dia memohon semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat puteri sulung mereka.”Mudah-mudahan berlakunya keajaiban Tuhan. Dan mudah-mudahan Ainul selamat dari pembedahan tanpa ada sebarang komplikasi,” katanya.Terdahulu Ainul selamat tiba di London 26 Mei lalu untuk menjalani pembedahan dan rawatan.

3 Syawal 1440H
6 Jun 19 | Khamis
.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap hari raya anda semua tahun ini lebih bermakna , kami di sini mendoakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya
.

Baik,
.

Ramai yang tertanya-tanya, bilakah ainul akan dibedah?
.

Pertamanya, saya dan isteri berharap kita semua dapat bersabar dan bantu kami dalam mendoakan ainul.
.

Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu ainul besar dan kuat sikit dahulu. MRI pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab;
.

” YA, Ainul akan dibedah ”
.

Cuma sekarang, Mereka mahu ainul betul betul ready sebelum menjalani pembedahan secara besar besaran kerana masa pembedahan yang agak panjang.
.

Sebelum OP, macam macam perkara mereka perlu teliti kerana OP kali ini terlalu berisiko untuk ainul. Very high risk kata doktor.
.

InshaAllah, Allah itu sentiasa ada. DIA tu ada dengan ainul, kami dan kita semua.
.

Allah yang gerakkan hati manusia. ilmu perubatan adalah ilmu dari Allah, dan kami sangat yakin, bila tiba hari itu nanti, Allah pasti akan turunkan bantuannya bersama.
.

Kami yakin dengan Allah, ketika di dewan bedah itu nanti, akan penuh dengan malaikat yang menjaga ainul dan Allah akan berikan ilham kepada dr yang merawatnya.
.

Allah akan kata ketika itu;
” Dah tiba masanya AKU tunjukkan kebesaran dan kasih sayangKu kepada engkau, dan rezeki anak sihat dengan penuh rahmatKu ”
.

InshaAllah! TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT
.

Sekali lagi, kami walid dan mama Ainul mohon doa dari kalian semua buat puteri sulung kami ini. Mudah-mudahan berlakunya keajaiban Tuhan. Dan mudah-mudahan Ainul selamat dari OP tanpa ada sebarang komplikasi.
.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA.
.

P/s : Maaf jika dah lama saya tak update condition ainul dan tak dapat membalas whatapp kalian semua.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*