Demi Kucing Kesayangan Rita Rudaini Berhabis Ribuan Ringgit

Ramai pemilik haiwan peliharaan terpaksa berpisah sementara dengan anak bulus mereka untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini. Bukan semua orang mampu untuk memastikan haiwan kesayangan mereka mendapat layanan terbaik sepanjang ketiadaan mereka, cukup sekadar tahu mereka selamat dan cukup makan.

Tetapi bagi Rita Rudaini, dia tidak kisah berbelanja lebih untuk kucing-kucingnya asalkan mereka gembira dan selesa. Setiap kali raya dia akan menghantar 4 ekor anak bulusnya ke pet boarding dan membuat tempahan bilik istimewa untuk Pekan, Dahlia, Puspawangi, dan Kuntum.

“Saya menangis ketika menghantar mereka ke hotel kucing, lebih-lebih lagi Pekan yang akan tidur bersama saya setiap malam. Malah anak juga sedih.” katanya.

Walaupun keberatan untuk meninggalkan kucing-kucingnya setelah kehilangan Pekan awal tahun ini, Rita yakin kucing-kucing akan dijaga dengan baik memandangkan dia telah biasa menghantar mereka ke hotel kucing di Damansara sejak ibu Pekan, Dahlia masih kecil.

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*