Duduk sebumbung dengan madu, hubungan isteri bagaikan bff.

“Dulu benci poligami, sekarang…” – Duduk sebumbung dengan madu, hubungan isteri bagai BFF.. Topik poligami semestinya menjadi isu yang sensitif buat sesetengah orang, terutamanya wanita. Rata-ratanya tidak berkenan untuk berkongsi suami malah enggan untuk tinggal sebumbung jika suami mereka berpoligami.

Namun, tidak semua wanita menolak poligami. Mereka menganggap situasi berkenaan sebagai suatu ujian daripada Allah. Itulah yang diluahkan oleh seorang wanita yang tinggal sebumbung bersama madunya. Reda dengan takdir bermadu.

Bukan saja rela berkongsi kasih, Khadijah Beladin, 29, dan Sufainah Goh Ai Peng, 41, sanggup tinggal sebumbung dan menerima suami mereka, Mohd Zanishuhaizal Izham Md Akhir, 41, seadanya. Khadijah telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zanishuhaizal pada Mac 2012 dan dikurniakan tiga zuriat. Menurutnya, selepas dua tahun melayari bahtera rumahtangga, suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

“SEPANJANG PERKAHWINAN, HUBUNGAN KAMI TIDAK BERDEPAN MASALAH MALAH KETIKA MENYATAKAN HASRAT UNTUK BERKAHWIN LAGI, SAYA TIDAK SEDIH SEBALIKNYA AKUR KERANA PERCAYA DENGAN KEMAMPUANNYA.” Dulu benci ppligami tapi sekarang bahagia hidup bermadu.

Sufainah yang merupakan isteri kedua menyatakan niatnya untuk berkahwin dengan Mohd Zanishuhaizal mendapat bantahan keluarga pada mulanya disebabkan perbezaan adat dan agama. Namun, keadaan bertambah baik apabila anak pertamanya, Tia Ummaira dilahirkan.

“DULU, SAYA TIDAK MENYOKONG P0LIGAMI TETAPI SIAPA SANGKA, TAKDIR ALLAH MENENTUKAN SAYA MENJADI ISTERI KEDUA.” Ramai yang mengata, namun rumah tangga tetap kukuh. Menurut Sufainah yang telah memeluk Islam pada tahun 2006, segelintir masyarakat memandang serong apabila bercakap soal p0ligami namun sepanjang tinggal serumah dengan isteri pertama, semuanya lancar tanpa ada masalah.

“MALAH, KAMI SALING BERTOLAK ANSUR DAN SAYA BERSYUKUR KERANA KHADIJAH BANYAK MEMBANTU MENGURUSKAN KERJA RUMAH DAN MENJAGA ANAK KETIKA SAYA SERTA SUAMI BEKERJA.” Hidup lebih sempurna kerana isteri dan anak

Bagi Mohd Zanishuhaizal pula, dia bersyukur kerana kedua-dua isteri dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung selain menerima dirinya seadanya. “BOLEH DIKATAKAN, HIDUP SAYA LEBIH SEMPURNA DAN BAHAGIA SEJAK BERUMAH TANGGA KERANA ADANYA ANAK SEBAGAI PELENGKAP SERTA DUA ISTERI YANG BOLEH MENERIMA SATU SAMA LAIN.”

Sumber: HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*