“Jika Boleh Bercakap, Dia Akan Ucap Terima Kasih Kepada Semua” Ainul Mungkin Perlu Belajar Makan Guna Mulut

Bapa kepada Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembeda han membuang ketumbvhan di mulutnya pada Isnin lalu berkongsi berita baik mengenai perkembangan anak sulungnya itu.

Menerusi posting terbaharunya di Facebook, Ahmad Safiuddin berkata anaknya itu akan dipindahkan ke wad biasa pada Jumaat jika keadaannya semakin baik.

“Keadaan Ainul semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini (Khamis), Ainul akan dipindahkan ke wadnya yang biasa.

“Hari ini saya nampak dia senyum. Kuatnya dia!” tulisnya.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin tidak pasti berapa lama Ainul akan menerima rawatan di London.

“Kami tidak pasti. Dengar khabar, mungkin sebulan, mungkin lebih atau mungkin kurang dari sebulan. Mereka di sini mahu pant4u Ainul dulu.

Ibu Ainul turut berkongsi berita gembira mengenai keadaan anaknya di Instagram.

“Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuh4n itu tidak akan datang semula (Semoga Allah jauhkan). Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini (berulang), mungkin Ainul boleh balik,” katanya.

Jelasnya lagi, dia dan isterinya Nurul Erwani Zaidi boleh memohon untuk Ainul segera dibawa pulang, tetapi mereka mahu segalanya diselesaikan terlebih dahulu demi kebaikan anak sulung mereka itu.

“Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putvskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hospital. Untuk masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas buat pembedahann.

“Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa ‘belajar makan guna mulut’. Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar Ainul makan menggunakan mulut.

“Selain pernah memiliki ketumbuhan, Ainul juga memiliki cleft palate sejak lahir. Surgery untuk cleft palate ini mungkin akan dibuat selepas Ainul dapat berat badan yang sesuai (6kg – 8kg),” katanya.

Nurul Erwani memangku Ainul sebelum pembedahann dilakukan.

Ahmad Safiuddin berkata selepas segala urusan selesai barulah mereka sekeluarga akan pulang ke tanah air.

“Bila semua di atas telah selesai, kami akan bawa Ainul pulang ke tanah air berjumpa dengan tuan puan yang baik hati dengan izinNya.

“Doakan Ainul Mardhiah ya. Saya yakin, jika Ainul boleh bercakap sekarang, mungkin dia akan ucap terima kasih kepada kalian semua. Sekarang ini, ucapan terima kasih itu ditunjukkan melalui kesihatan dan kekuatannya,” katanya.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*