Kenangan Di Hari Lahir Yang Sukar Dilupakan! Akhirnya Pak Ya Tak Jadi Naik Mahkamah & Wang Sumbangan Diwakafkan Kepada Surau.

Ketegangan antara pengawal keselamatan, Yahya Manap dan pelawak Lan Pet Pet kini sudah selesai. Lan Pet Pet secara ikhlas memohon maaf di atas kekassaran yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru itu, Yahya Manap atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerima permohonan maaf dan tidak meneruskan tindakan samman.

Alhamdulillah.. Semuanya telah berbaik.

Menerusi laporan Berita Harian, hubungan antara mereka kini semakin baik. Tambah Pak Ya, peristiwa tersebut merupakan kenangan pertama sepanjang pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.

Saya sudah wakafkan

Ia jadi kenangan yang tidak mungkin saya lupakan, apa lagi kejadian itu berlaku pada hari ulang tahun kelahiran saya.

Namun, semuanya ini saya anggap sudah ketentuan Allah dan ada hikmah disebaliknya, malah wang yang disumbangkan oleh orang ramai bagi tujuan menampung kos mahkamah pada awalnya, sudah saya wakafkan kepada pihak surau.

Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah.

Pak Ya juga telah bermurah hati menyerahkan wang sumbangan menampung kos mahkamah kepada surau Ar-Raudhah Taman Desa Jati Nilai. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 50 ahli jemaah surau.

Ramai yang memberikan sumbangan rupanya dengan niat untuk memudahkan urusan Pak Ya!

Sebuah tabung khas telah diwujudkan bagi memberi sokongan dan dana buat Pak Ya ketika kejadian tersebut berlaku.

Saya rasa ini jalan yang terbaik kerana dapat digunakan untuk jalan kebaikan. Orang ramai yang menderma pula perlu tahu ke mana wang itu digunakan selepas kes tuntutan saman dibatalkan.

Tujuan tabung tersebut diadakan untuk menampung kos mahkamah. Memandangkan kes tersebut telah selesai, dia mengambil keputusan untuk memberikan wang tersebut kepada surau Ar-Raudhah.

Saya secara sukarela bersetuju berhenti kerana nak berehat dan jaga kesihatan dan ia tiada kaitan langsung dengan apa yang berlaku.

Kini, dia tidak bekerja sebagai pengawal keselamatan lagi kerana hendak menjaga kesihatannya dan berehat di rumah.

 

Sumber: Berita Harian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*