‘Suami Nak Saman Lembu..’ – Rakaman Lembu Hitam Sond0l Wartawan TV3 Ketika Live. Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Takut?

Memang tabik kepada mereka yang bekerjaya sebagai pemberita dan wartawan televisyen!

Manakan tidak, seorang wartawan itu perlu melengkapkan diri dengan pelbagai informasi tentang berita yang bakal dilaporkan, kadang-kadang dalam masa yang singkat!

Bukan itu sahaja, wartawan juga perlu sentiasa bersiap sedia dan bertindak pantas dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang bertugas. Boleh jadi perkara yang memang tidak dijangkakan langsung akan berlaku. Lebih menarik lagi apabila perkara itu telah dirakamkan dan disiarkan dalam televisyen.

Sama seperti yang berlaku kepada wartawan, Juliana Sharin dalam segmen Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3

Baru-baru ini telah viral di laman Twitter rakaman Juliana disondol oleh seekor lembu semasa sedang membuat liputan tentang masalah lembu berkeliaran di Klang, Selangor.

Baik Juliana mahupun jurukamera tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Lihat rakaman spontan saat ditayangkan diiklan dalam TV3 baru-baru ini.

Lihat sedutan iklan melalui rakaman di bawah:

Namun begitu, walaupun terkejut selepas ditanduk lembu tersebut, tindakan Juliana yang masih meneruskan laporan berita itu bukan sahaja menghiburkan bahkan penonton turut menghormati dan memuji nilai profesionalisme yang ditunjukkan wartawan terbabit.

Suami nak saman lembu

Ekoran insiden lucu itu, Juliana serta suaminya tidak terkecuali dari berseloroh di laman Facebook masing-masing tentang rakaman tersebut

Jika dilihat, banyak penonton turut meninggalkan komen lucu dalam rakaman video berkenaan.

Saksikan laporan penuh berita tersebut di TV3 dalam segmen Aduan Rakyat.

Tak pasti nak gelak ataupun nak takvt. Sebab kena tandvk dengan lembu ni sc4ry juga sebenarnya.

Tapi entah-entah lembu itu sengaja kot tanduk sebab nak masuk TV?

Kesian lembu tak pasal-pasal nama kena petik!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber : Facebook JulianaShahrin